Wednesday, March 23, 2011

Demi Cinta

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan pasangan hidup kita seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.

Tirulah sifat Al A'ffu (Maha Pemberi Maaf) Allah SWT... yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kitam sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu... pengampunan Allah tidak bertepi dan "bertapi" lagi.

Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan suami atau isteri kita? Kita hanya manusia yang turut berdosa... Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah isteri atau suami kita.

Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan pasangan kita hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!

Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati... Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati.

Bila datang perasaan semacam itu di hati mu... sedarlah ketika itu Allah menguji cinta mu! Allah bukan sahaja menguji cinta mu kepadanya, tetapi menguji cinta mu kepada-NYA..

Pada ketika itu terujilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta hanya mengikut perasaan atau cinta nafsu? Memang, orang yang paling dapat membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau cintai. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri... Oh, Tuhan Kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar.

Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.

Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk isteri atau suami mu tetapi buat hati mu sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan.

Kemarahan seumpama 'bom jangka' yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita.Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah "benci tapi rindu".

Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan dalam hidup... berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita 'bebas' dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu.

Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita.Kemarahan itu adalah "api" dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.

Justeru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau "life style" orang-orang yang soleh. Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. Sayidina Ali pernah memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. Kita tentu ingin meneladani mereka bukan? Bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi, kalau bukan isteri atau suami?

Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun... Apatah lagi memaafkan isteri atau suami sendiri. Ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan. Dan hakikatnya suami atau isteri kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!

Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang nasuh hidup, bukan untuk orang yang telah mati.

Bayangkan, isteri atau suami kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh sidia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada yang "tidak selesai" antara hati-hati kita berdua?

Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.

Percayalah! Saya pernah mendengar cerita betapa ada seorang suami yang kematian isteri, yang hingga kini masih terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangkanya. Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!

Telah berapa kali saya ulangi bahawa jika kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan tidak memaafkan diri sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Telah terbukti ramai penghuni rumah sakit jiwa adalah terdiri daripada mereka yang bakhil... Bakhil kerana harta? Bukan! Tetapi terlalu bakhil untuk memberi satu kemaafan. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah walaupun mungkin tidak sampai dihantar ke rumah sakit jiwa.

Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibodi ataupun vaksin... tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.

Seorang ahli falsafah, Plato pernah berkata,"kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan." Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri? Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.

Justeru antara adab tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita ialah memaafkan kesalahan orang lain. Setelah membaca "4 Qul", doa tidur dan zikir-zikir yang lain, kita diminta memaafkan semua kesalahan orang lain pada hari itu. Dan "orang lain" yang paling dekat dan hampir dengan kita ialah teman tidur di sebelah... siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita.

Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam "fail" di hati sanubari kita. "Delete" segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan lagi fikirkan "sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini..." Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.

Siapa kita yang sepatutnya dilayan, dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya, jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.

"Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. "

"Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku."

Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!

Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini, tak apalah... aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus cintakannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan, "tiada maaf bagi mu" selagi ada rasa cinta.

Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan pasangannya. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan dan kelemahan suami atau isterinya. Mereka yang diserang penyakit "benci tapi rindu" ini akan menyeksa diri sendiri. Kekadang isteri dimarahi, diherdik dan dicaci pada siang hari, namun pada malamnya dia akan tidur bersamanya lagi. Rasulullah SAW sangat membenci sikap suami yang begitu.

Mereka yang sukar memaafkan pasangan hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu.

Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan?

Kata ahli psikologi, "Tuhan boleh mengampunkan segala dosa kita, tetapi sistem saraf kita tidak." Maksudnya, sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum itu Rasulullah SAW telah mengingatkan, matilah kamu dengan marah mu!

- Artikel iluvislam.com

Thursday, February 10, 2011

Selamat Pengantin Baru



selamat pengantin baru
Adibah & DK
lokasi : kem herba sungai congkak, ulu langat, selangor
tarikh : 22 januari 2011
masa : 12pm ~4pm



senyum pengantin berseri seri
diapit mamai di kanan dan akudo di kiri
tanam dan suburkan cinta sejati
insyaallah bahagia kekal abadi

ikhlaskan hati menjadi isteri
hidup kini digenggam suami
walau terikat gerak dan geri
ganjaran pahala, syurga menanti


gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
terima kasih daun keladi
anak anak dah tak sabar nak mandi






walau ada niat dihati
mahu turun sama mandi
tapi hari dah lewat ni
nanti nanti kami datang lagi


Thursday, January 27, 2011

benci itu bila ada cinta
sekarang aku tak punya cinta
maka sudah tiada benci

Monday, January 17, 2011

pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang

pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah
tertahankah ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian

pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti madu itu akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok



...biarlah bukan , pertemuan semula meminggir yang sedia ada....

Sunday, December 5, 2010

bila kau menangis
juga keciwa
malah amarah
sakit hati
terkilan
dan
dendam
rasalah apa yg mahu kau rasa
nikmatilah dari apa yg kau kira
biar selamanya
sampai bila bila
mengapa ada pertanyaan
sedang jawapan pada diri
gelaran satu noktah unggul

penamat

penyudah

walau payah


Friday, September 24, 2010

terkilan kah aku
untuk menatap wajahmu yang kau sembunyikan dariku
mengapa?
atau apakah kau berduka dan merajuk dek sikap ku yg tidak tegar berlaku sabar
menyiksamu dgn perasaan amarah
amarah pada insan yg tidak berterimakasih pada kenyang perut dan mata
tidak hormat pada manusia juga tuhan
lalu amarah, benci dan dendam melingkari diri
walau sifat itu yang kau keji


terkilan lah aku
menatap matamu yg kau sembunyikan dariku
mengapa
atau apakah kau tersinggung padaku yang tidak gembira tika itu
maafkan aku, hanya sedetik itu aku hilang senyum
pantasnya aku memohon keampunan
pantasnya aku merayu padamu
terimalah aku
ketahuilah aku tidak sabar menunggu mu

terkilan kah aku
untuk menatap wajahmu
tika kau masih perpaling dariku
mengapa
atau kau benci padaku
yang tidak mampu memenuhi idamanmu
apakan daya aku tidak punya wang ringgit yg banyak
juga tidak punya ketegasan memenuhinya.
janjiku untuk kau merasa manisnya juga tidak kesampaian lantaran kekangan masa yang dirampas
lantaran tidak ada yang peduli pada kita
kadang kadang aku cemburu pada yang dapat merasa apa yang diidamkan
sedangkan kita hanya dianganan.

terkilan kah aku
padamu yang masih menyorok diri dari ku buat kesekian kalinya
mungkin kau tertanya tanya dimanakah dia
mereka juga bertanya aku juga tertanya tanya
sayangku...
aku terharu disaat sendirian aku ada kamu yang sentiasa didlm diriku
menemaniku setiap saat kita di periksa.
desakan lapar darimu tertahan dek memenuhi ujian ini
alhamdulillah kita berdua dilindungi allah dr . bahaya ini

namun yang sangat terkesan
waktu aku tercari cari dia
waktu aku mencari punca
waktu aku menahan lapar dalam lebat hujan pagi
menahan semua keinginan mu
dengan hanya pulang tanpa seteguk air kosong pun
sedangkan ada manusia yang enak menikmati makan makan
ada hati yang senang bergembira dijalan jalan
ada maruah yang cuba dimain main kan
ada jiwa yang tiada belas ihsan

sabarlah
pada jiwa yang tercuit pada rasa yang tercalit
kita..sama sama berjuang
kau ...kuatkanlah semangat mu
dan aku...akan sentiasa menjaga emosi ini
supaya kestabilan akan kekal
sihingga saatnya dan selepasnya

andainya aku gagal...
maafkan aku
jangan kau kesali
jangan kau dendami
pada apa yang kau alami
anak

Friday, June 25, 2010

Michael Bolton - Said I loved you but I lied

kaset hadiah dari roomate aku sewaktu remaja dulu .
aku paling suka lagu ni.


Monday, April 12, 2010

sushi
















aduh!
asyik teringat saja...

Friday, April 9, 2010


sokongan
yang tulus ikhlas...

Tuesday, March 30, 2010

..........?

hah..penat batul rasa badan. lemah longlai pulak ..semalan ngan hari ni rasa ngantuk tahap gaban, ..ingatkan bila dah penat boleh terus tidur lena, curi2 tido kat opis pun tak jalan...

mungkin penangan balik kampung tiga minggu berturut turut. dr minggu pertama sampai minggu ketiga. balik ke melaka, pas tu balik kuantan dan balik ke melaka lagi. bila kat kg , byk xtvt memasak dan makan, tido pulak sikit2 jer sbb tak mahu lepas peluang bersembang.

minggu ke empat, bertungkus lumus dlm rumah, yg seropa ? (tiada gambaran)
dlm pada tu ada pulak tetamu mau singgah mkn thari...fuhhhh..

berperang pula ngan anai2..sakit hati, pandai pulak pilih cadar yg baru tuk dimakan, yg lama2 tak usik pulak..bila aku bakar kain2 tu, rasa nak bakar rumah kosong sebelah tu...yg aku rasa anai2 tu dr situ.
dah janji ngan kawan nak keluar beli cermin, terpaksa jugalah keluar berpanas panas...salah aku juga yg push dia segerakan kelas aerobic tu, untuk aku sbnarnya..tak yah g jejauh lagi lepas ni..
balik dah petang, sambung lagi tugas yg tak habis..dan keluar lagi membeli brg2 keperluan rumah .disebabkan dah mlm, capai ajer mana yg patut..bila troli dah penuh, ok lah tu dan cepat2 blah.

biasanya aku suka hari isnin..sbb masa sgt cepat..buat satu dua kerja, sudah 5.30 pm.
tapi semalam punya isnin , aku rasa masa tak bergerak..mcm 2 dah aku buat, still belum boleh balik..nak tunggu kol 11.30 am, mcm tiga hari pulak..dua kali aku keluar mkn, balik opis masih pukul 2.30 pm...dah la bdn aku sakit2, bos pulak mengata ngata aku..tp aku redha jerlah...yg paling hot , mengata aku sorok/ simpan duit company, takmo buat pembayaran cepat2...tunggu ,tunggu..tunggu apa? dah tu mengata aku tak push/ strait pasal collection..
huh... aku? sumi masen + wakaranai ....sajalah..

Friday, March 26, 2010

Takzirah

Bismillahirrahmanirrahim
Takzirah Jumaat
Sempena mengisi kekosongan n3 selama ini

Drp Jabir, katanya, dia mendengar Rasulullah bersabda:

"Bukan amal sesorang itu yg memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dr neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata mata Rahmat Allah belaka". (Hadis riwayat muslim)

Org beriman sangat yakin akan rahmat dan pertolongan Allah.Oleh itu mrk tidak pernah putus harap kerana kasih sayang Allah tidak bertepi.

Antara syarat utk memperolehi rahmat Allah sprt dinyatakan hadis Rasulullah yg diriwayatkan al Dailami dr Ibnu Abbas yang bermaksud :

"Allah merahmati org yang dapat menjaga tutur katanya, mengenal masa (ketika hidup) itu dan istiqamah dalam hidupnya."

Sumber : JAKIM

Tuesday, March 2, 2010

Thursday, February 25, 2010

Tuesday, February 9, 2010

bukan misi kat sepital




NAUTIKA! sudah sampai ke minggu terakhir untuk dipentaskan. Jumaat ini show pertama akan bermula, sabtu dan ahad selesai.

kenapa aku nak tengok NAUTIKA?

1 . Ada cerita cinta.
2 . Pelakon semua belum kawin/single.agak2 ada chance kot
3 . Ada pelakon muka macam Will Smith.
4 . Suatu hari nanti diaorg akan popular, so baik ajak tangkap gambar awal awal.
5 . Lepas teater leh lepak luar minum kopi tarik.kalau tak minum pun leh lepak
6 . Leh usha usha mana tau jumpa boypren lama. kalau masih solo
7 . Kalau Sabtu balik Kg sambut raya boleh tengok ari Jumaat.Kan best!
8 . Kalau jumaat bizi tengok Sabtu, best nye tengok sabtu!
9 . Mamai tak sambut Hari Valentine tapi ajak aku tengok NAUTIKA!
10 . Pengarah berasal dari Teluk Intan, sama negeri ngan aku.
11 . Tak perlu datang pakai seluar slack gosok tepi. seluar jean pun boleh
12 . Tak perlu baju kemeja tuck in. aku tak ada kemeja..
13 . Tak Ada mekap mekap, sikat sikat rambut, senang kerja aku.
14 . Tempat tu ada air cond.
15 . ber_uwang kata nak datang.
16 . Ada scene bukak bukak. malu tapi mahu
17. Aloy kata sapa tak datang dia lucah..aku takut lucah lucah ni

laluanku

bayu pagi menyatakan
sinar terang nan menawan
mengiringi langkah langkah ini

camar putih berkicauan
awan awan kegirangan
langit biru tersenyum padaku

kiri kanan pepohon melambai senang
bukit bukau mengemas duduk
embun mengucap salam undur diri
tasik membisik selamat datang

lampu jalan mulai padam
lampu isyarat bertukar seragam

angin menari, debu meniti
bahang mula terasa
sudah tiada apa

Friday, February 5, 2010

guruh

dengar guruh di langit
air ditempayan di buang jangan...
dengar guruh dilangit
aku jadi tidak keruan
tika ini dentuman guruh saling tikam menikam. walau tak nampak kilatnya, aku ttp bayangkan pancarannya yang tajam. aku sangat takut pada kilat dan guruh. situasi ini membuatkan aku jadi tidak keruan . tidak mampu fokus pada sebarang maklumat dan terasa seperti ada sesuatu yang akan terjadi. ketakutan ini terlampau bila guruh diwaktu malam disertai angin dan hujan ...jantung berdebar kencang, perut rasa memulas, tekak terasa haus dan mata sememangnya tidak mahu pejam...
dan tika ini aku bersiap siaga agar ada yg akan meneman aku pulang...

Thursday, February 4, 2010

telur berdiri

hari ini di office aku yang hanya aku sahaja melayu selainnya cina. tapi itu tak membuat aku rasa terhina kerana sudah lama bersama bukan sekarang nak jadi 1Malaysia.

staff baru seorang amoi yang baru masuk mengantikan amoi yang berhenti tempohari, baru cuba untuk belajar untuk menyesuaikan diri.

amoi baru: akak hari ini first day tahun baru cina tau

aku: yer ke, kenapa kalau tahun baru cina

amoi baru: akak tau ka ini hali kalau kita ambil telur kita kasi letak, itu telur boleh berdili tau...

aku: betul ke meh cuba, ada telur tak...

amao baru: tak ada la kak.

balik rumah aku dengan teruja ingin mencuba dan dengan bangga aku bagi tau sama itu king, yang sedang melepak atas sofa.

aku: king, hari ini first day tahun baru cina

king: apa masalahnya

aku: amoi kat opis kata hari ini telur kalau kita letak atas apa-apa pun telur akan berdiri.

king: cuba la....

aku: tak berdiri pun.....

king: awak tanya itu amoi esok pagi telur apa dia guna....and cakap kat amoi tu kat rumah awak
ada byk telur.....

Tuesday, January 19, 2010

ingatkan KL ajer Kuantan pun sama

ini entry tertungak, sebenarnya dah lamanak update tapi masa tak ada lagi pun king selalu ajer monopoli lappy.

ini cerita awal tahun 2010 hari itu, berkesempatan balik kampung di lepar hilir 3, gambang setelah sekian lama tidak pulang. bila sudah balik kampung pasti hendak ke kuantan dan bila sudah ke kuantan pasti aku akan ambil kesempatan.

aku ambil kesempatan untuk berdating dengan sahabat aku siapa lagi kalu bukan pemburu warewolf si patung cendana. tapi kali ini aku telah menculik beliau dari rumahnya pada hari pertama kami berdating di kuantan. tempat lepak sudah tentu di tempat kegemaran PC di TC, namun sebelum itu sempat juga bershopping. king nak belikan adik ipar kesayangannya keperluan sekolah, king kalau untuk adik iparnya yang sorang tu mintak apa saja pasti dia akan belikan.

bersama PC, aku, king, si comel ku dan adik ipar king, kami mencari kedai makan di TC memandangkan hari hujan dan kemeriahan pantai TC jadi sepi. di TC ada satu gerai yang empunya gerai amat baik hati dan jujur. " boleh minum di sini tapi makan order sebelah" itu motto gerai yang hanya satu itu.

cara mengambil pesanan juga amat unik, order satu buat dan hantar, kemudian ambil order lagi buat dan hantar dan seterusnya, sungguh efektif cara ini kerana dapat megelakkan dari lupa akan pesanan yang diambil.

kalau di KL, PC mungkin fobia untuk order air kopi kerana kopi satu KL dah habis, tapi di TC aku fobia nak order teh o, kerana tak jumpa cari teh di Kuantan. dan jangan terperanjat andai di TC kamu minumair laici panas terpaksa guna straw.
ini gambar yang dapat di rakam semasa di TC bersama PC sebelum pulang, hmmm macam dah tak ada tempat lain...

oleh kerana tidak puas hati dengan dating hari pertama, hari kedua kami berdating lagi kali ini tengok wayang citer sherlock holmes, best ceritanya tapi macam biasa aku lambat sikit nak proses data dan jalan cerita, aku gelak bila orang dah habis gelak.


lupa nak bagi tau, sebelum movie sempat juga berkaraoke bersama PC, wah sungguh merdu suara PC, king juga turut meyumbangkan satu lagu pada saat akhir, sayang suara king yang nyaring memang betul-betul meyumbangkan lagu, nasib baik dah saat akhir kalau tidak mau pecah gegendang telinga aku dan PC....


oh lupa lagi, malam tu PC bawa bersama anak terunanya hang hensem...aku harap masih belum berpunya boleh la aku masuk jarum, sayang sedikit anak teruna PC pemalu orangnya tapi I suka....

sebelum pulang sempat juga peka kopitiam kuantan yang femes itu, kalau tak masakan siti dan datuk K juga minum di situ....

malangnya di kopitiam kuantan lebih banyak yang tiada dari yang ada dalam menunya....

next time kalau aku balik kampung pasti aku akan culik PC kerana aku dah tahu di mana rumahnya

Friday, January 8, 2010

gila

sudah seminggu tahun 2010. setakat ni mcm biasa juga. alhamdulillah.
Yuran dan buku buku juga telah selesai dibayar dan dibeli walaupun terlewat sehari dua. tapi dah nama budak2 , ada yg tak puashati kerna hari pertama tanpa buku dan kelengkapan yang lain.

minggu pertama ini entah mengapa aku juga turut tak puas hati kpd beberapa perkara yg tak sepatutnya. mungkin pertambahan usia mendorong begitu.

1) balik kampung ku sempena tahun baru mmg teruja sekali namun aku kecewa dgn keserabutan rumah dan juga sikap org2 dlm rumah tersebut. aku tidak mengharap banglo dan dayang2 ,namun cukuplah rumah itu bersih dan kemas .

2) hari pertama pulang dr kerja aku menghantar kawanku ke stesen komuter. tiba2 ada satu pakcik mengetuk2 cermin kereta dan marah2 sbb aku dah masuk jln yg salah katanya. panjang pulak bebelnya. hairan gak aku, kalau dah tak kasi masuk situ, depan depan simpang dah letak "no entry"!!
sbb rasa tak bersalah aku tak undurpun kereta sprt yg diarah, dan mmg serabut pulak time tu. (yang sebenarnya aku tak pandai undur mengundur ni..)

3) tak tahu nape aku tak puashati pada sekumpulan student ni. mmg dah lama pun, tapi tak tulis disini. bila dah ramai2 tu, dah tak kisah org lain yg nak lalu disitu. Jln tu mrk yg punya. yang tak sedap dilihat ,bersalaman siap mcm nak peluk cium lak lelaki pompuan.

4) ni pasal jejantas di federal highway. laluan short cut untuk balik bila menumpang orang. pengiklan pengiklan sibok dgn keuntungan tanpa mengambil kira keselamatan pejalan kaki disitu. serabut akal aku dgn bangla dan indon juga dawai2 serta besi2 yang lintang pukang di situ. bila dah letak papan iklan, jln tu dah tertutup, peragut mmg cari peluang ajer ....

5)harga mknn minggu ni dah mahal pada aku yg pokai ni. jadi hari ini aku tak keluar makan. asyik2 buat air jer. dr kopi,milo hingga cereal. kembung lak rasa....