Friday, February 24, 2012

Februari

hahahaa..tgk gambar2 lisa dan yusri kawen ..aku yg senyum senyum suka. cantik dan sepadan mrk berdua. dalam pada tu mengenang lah saat dan tika aku bergelar raja sehari. mmg jauh la RUPA BENTUKNYE...cuma yg lebih hensem tiada bandingan tentulah kandaku..
aku kata, org yg lahir akhir bulan Jan dan bulan Februari ni manja, cemburu dan penuh kasih sayang. yang kawin bulan februari ni pun macam tulah. aku kata sbb aku dan arjunaku lahir dan kawin dlm bulan tersebut..hehehe..korang punya, sendiri kata lah...

dah lepas senyum2,touching 2 la pulak..

Kanda....
Maaf untuk segala yang berlaku hari ini
Maaf untuk segala yang berlaku semalam
Maaf untuk segala yang berlaku kelmarin
Maaf untuk segala yang berlaku kelamrin dulu
Maaf untuk segala yang berlaku selama 12 tahun

Maaf untuk segala yang berlaku selama perkenalan

Maaf atas segala yang mengguriskan
Maaf atas segala yang menyakitkan
Maaf atas segala yang merobekkan
Maaf atas segala yang mencalarkan
Maaf atas segala yang memedihkan
Maaf atas segalanya selama berkasih sayang

Maaf kerana aku tidak memahami
Maaf kerana aku tidak mendalami

Maaf kerana aku keletihan
Maaf kerana aku punya banyak impian

Maaf kerana aku bukan yang terbaik

Aku hanya insan.....

Aku mohon pengertianmu
Aku mohon redhamu
Untuk aku melangkah ke Firdausi-Mu


Aku sayang kamu....


Maaf kerana aku
tidak pandai menghargaimu
tidak pandai mensyukurimu
tidak pandai memujimu
tidak pandai mengambil hatimu
tidak pandai menjiwaimu

Maaf kerana aku
hanya tahu mengeji
hanya tahu menyakiti
hanya tahu mengasari
hanya tahu mengarahi
hanya tahu memarahi

Sebenarnya... Aku...
kesal dengan sikapku
marah dengan diriku
sedih dengan apa yang berlaku

Hakikatnya... Aku perlukan kamu...
untuk membetulkan diriku
untuk menegur sikapku
untuk mengingatkanku
untuk menyempurnakan kekuranganku
untuk menguatkan kelemahanku
untuk mendampingiku

aku perlukan kamu di dunia untuk aku di akhirat....


~ Tulang rusuk kirimu ~




No comments: