Tuesday, August 25, 2009

lega...

akhirnya aku berjaya menyiapkan rangka ini.
ini setelah aku berhabis tension dan geram
sejuling mata melihat
sekebas jari meng keyi in
sehancur kertas panduan
sepatah pembaris
sekering dakwat
dan seribu ringgit bill talipon....


project seterusnya , macam mana nak meletakan sebarang maklumat di tempat yg betul supaya rangka ini menjadi yang sepatutnya..

Friday, August 21, 2009

geram....

tension

aku tension!!!!

kenapalah aku bawa anak kecil aku g opis tadi?
mmg bodoh aku ni..
tgk? satu kerjapun tak dapat buat, sdgkan menimbun benda yg aku kena settlekan...
yang dah aku buat, call superkad, minta statement, sdgkan statement tu dah ada, aku je yg tak buka. Lepas prepare voucher dan issue cheque, boss lak takde nak sign, boss aku nih pun satu, semua nak cancell on the spot. bila dah jadi camni, semua buruk, semua bodoh, tak ingat berapa belas ribu sebulan yg dah masuk..kenang kenanglah sikit.Boss satu kat Japang, satu tah , kat katil mana sekarang ni, hampeh...
semalam jer satu lori doc yg nak di sign aku post ke sana, sbb yang kat sini dah merajuk tak mau sign lagi..lepas tu pagi ni, satu satu ditanya.. tulah korang ingat disininih dok goyang jer,,, hah sekarang lu org goyang lah ngan doc. yg aku bagi semalam. aku punyalah kejar masa, issue cheque, T/T Form, revised CF, Db=Cr b/f yg nak di kejar, yg nak beli kayu, yg nak order catridge, dey .... keranda tamau beli sekali ke...masa lak macam cemburu, dah nak akhir bulan, satu belum buat lagi...
tapi yg mengubat penat, en kamarul talipon....huuu (my sa)

ehhhhh, nape aku membebel kat sini?? boleh kan??
jgn risau, lepas ni aku delete..nak cuba try test....

Thursday, August 20, 2009

selamat berpuasa

Entahlah,
walau dah tahu bilakan mula berpuasa, bloggers pun dah menulis , email pun bermacam macam pasal puasa, yg minta maaf, yg bagi takzirah menyambut ramadhan, majalah,surat khabar, tv dan radio dah bercanang canang,yg ramadhan semakin tiba,tapi aku tetap tak teruja.

Aku ttp tunggu peristiharan dr pemohor besar raja raja melayu tu.
Macam ada sesuatu kat situ, bila mana permohor besar raja raja membuat peristiharan mula berpuasa. Macam zaman budak budak aku dulu, saat ini semua akan diam mendengar,dan bersorak.tak tahu bersorak kenapa..

Selepas peristiharan tu aku teruja, tak sabar dan berdoa semoga aku dapat menyempurnakan ibadah puasa ramadhan .
Ada rasa sebak dan sedih kerana teringat bonda, sanak saudara dan aruah bapa ketika ini.
Ada rasa gelihati teringat pengalaman berbuka puasa dlm train,bas dan keretadan dimana mana ..
Ada rasa gelabah nak bersahur dan berbuka...
Dah la...macam2 rasa pulak .

Kepada semua,selamat menjalani ibadah puasa dgn berniat, bersahur,beramal dan berbuka.

Saturday, August 15, 2009

cerita & petua.

orang dapur kenalah tahu serba sikit petua.sbg penyelamat sebenarnya.
jadi,utk ingatan aku tempelkan kat blog .

minggu lepas ada kenduri kat kg.bab pertama menu yg nak disedikan dan jumlah tetamu yg diundang. ting tong ding dong lebih kurang, menu utama kari ayam & ikan 3 rasa + sayur campur.iringan lum decide. walau tak rasmi tapi tugas tugas aku dah tahu.pergi pasar cari bahan masak, g kedai cari brg dapur dan buah buahan.
biasanya kami ipar duai masak sendiri,bhg aku kari ayam +nasi. walaupun tak terror,dah diberi tugas aku buat jugelah stail aku,rupa ada rasa pun ada.....
tapi ada part yg kantoi. nasiku mentah.bukan pasal kayu api basahkan? entahlah, tapi mujur lah nasi periuk kecik je mentah,yg godang tu,ok..
so aku teringat petua dr majalah. tambah sikit air dan tutup ngan plastik atas nasi tu,biarkan lelama sikit. aku try lah dan berdoa semoga takde celaan nanti. alhamdulilah ,beres.
sblum nih pernah nasi mentah, tak tahu nak buat ape, tak keluar bilik aku lepas tu..alahai

oleh kerana part nasi ni mmg tugas aku,adalah pula yg order nasi lemak utk breakfast .aku angguk je,tp aku minta sediakan pati santan secukupnya.
aku ni susah bangun pagi, terpaksalah mumy aku kejutkan, loh..dah pukul 8-30 rupnya..hehehhh, aku cakap dont worry ..jap aku buatkan.
oleh kerana D.O tu aku, aku jelah kat dapur. nasi lebih mlm tu aku gaul rata ngan pati santan, campur garam,bawang , halia dan daun pandan.on rice cooker tu dan tunggulah, hasilnya beres. sementara tunggu tu aku buat sambal dan goreng telur.. sambal nih bila menjadi mmg kaw...fuh..bila aku tengok diaorg makan jer tanpa soklan dan bertambah tambah, oklah tu.
so kepada nasi nasi lebih tu,disamping boleh buat nasi goreng, nasi lomak pun boleh. aku dah cuba 2,3 kali, setakat ni diaorg masih tak tahu. kakak aku tanya,berapa cawan masak pakai peruk besar nih, aku kata byk sbb periuk besar,dan mana pegi nasi lebih? aku jwp sume kasi org. hah, part aku satu lagi ialah membungkus mkn utk jiran, kerana aku malas nak tengok lauk lauk tu dan periuk periuk tu,serta mangkuk magkuk, so aku tapau kat diaorg byk byk, hehheheh . sementelah lagi tukang cuci masih on...

Friday, August 14, 2009

sayonara lunch

mkan lagi..
sayonara lunch, bertempatdi AC curry house.yg joint, pwai,ang ayamah,dorai,jana dan aku. aku tak teruja sbb kedai nak ying ...,tp sayonara session, terpaksalah ikut. sblm nih aku tak ambil port mkn kat daun pisang nih, bukan aper aku tak berapa lahap bila tgk daun pisang yg diberi tak solid.

member aku bukan main megah lagi msk restoren tu, cam gaya aswararai..(tak tahu eja), maklumlah, hero hero filem tamil ramai, gagah perkasa lagaknya. aku cari tempat belakang, sng sikit, takyah org lalu lalang nanti, sakit tulang belakang aku karang.

order pls!
aku tak faham pun aper yg dioder, yg aku nampak, letak daun pisang, letak sayur,sayur,sayur dan sayur.letak nasi india ,pas tu papadom,cili kering dan last kuah kari, tp aku cepat cepat stop, takut banjir aku,bila aku tgk 2,3 senduk dia timba masuk kat daun kwn aku. pas tu baru dtg curry ayam. tanpa byk cakap,sapedek jelah..yg lain lain ting tong ting tong, masing masing nak "show off" jer, lantak korang lah, baik aku ngintai ngintai ane kat restoran nih..

dtglak sup rasem ngan bubur manis. entahlah,maaf aku tak jalan byk byk ni.
wonge wonge.....one,rende,mune...oh..air?. sirap limau jelah.tp yg sampai betul2 sirap,pekat melekat..cuak aku kang berpeluh merah,kencing merah atau aku bertukar merah!!!.

dlm pada tu aku nampak couple tgh lunch. wah sgt sporting, bju kaler pink dua dua..

Monday, August 10, 2009

sayonara dinner

wakaranai..

tadi ptg tuan director ajak dinner kat kl.
yg confirm pergi--otasan,shotaisan,jikiharasan,toyokasan, chiesan, ang, chow, jimmy & soh.
aku ?, nai...!!!
kang aku follow balik japang..

aku berkecuali, minta omiyage atau okane sbg ganti
yg dapat, buah mata kucing,mango dan oren..
bagero!!!

Food tester

alahai..
seminggu dua nih, asyik jumpe member je, musti ade sample biskut atau kerepek raya.
bermacam rupe dan nama. yang pasti aku rasa sama saje. rasa samprit.
aku pun tak tahu yg mana sedap, rasa bukan setakat sebiji, berbiji biji,tp masih takde umppp.
tak oder member, order, tak seberapa rasa.
kalau diaorg yg bikin ok gak ler, ni tah saper saper.
teringat aku dulu, mamat jaga kat opis aku nih pun jual kuih raya.warga bangla,bini indon, tah aper rasa , aku confirm tak coba.

t/hari tadi,aku g lunch ,kakak kedai tu hulur sebekas biskut raya. ada 10 jenis yg berkaleer kaler lak tu. tak makan nak coba dah mkn derita lak perut aku..

petang tadi, ofis mate aku kat negeri lain tu call, promote biskut raya gak. berenti kerja minggu nih dan nak bisness kuih raya bersama bakal mak mertua.
semoga succes ..



tengok kain rentang kat umah pun ada class buat kuih raya.
kain rentang suruh g terawaih lum ada lagi kot.

Tuesday, August 4, 2009

tag fr mamai


en mamai tag aku ?
hilang akal aku sekejap.

1. apa perasan sekarang
~~~bangga

2. saya nak makan
~~~ murtabak nangka

3. saya x suka
~~~ tahi kucing

4. impian saya
~~~ impian saya adalah impian semua orang untuk hidup bahagia

5. haiwan yg saya tidak suka
~~~ ular

6. saya harapkan
~~~ bahagia dan kaya

7. jika boleh diputarkan masa
~~~ nak tinggal ngan mak aku,tamau tinggal ngan org lain

8. saya pada 10 thn akan datang
~~~ kekal ceria sihat sentiasa

9. hp saya adalah
~~~ pemberian hubby.

10. saya pernah bercinta
~~~sekali terus menjadi jadi

11. saya suka pada
~~~ suka pada keluarga saya dan kawan-kawan saya

12. kawan2 saya
~~~ semua orang yang bertegur sapa dengan saya dan beralam maya dgn saya

13. pernah dikhianati
~~~ tidak pernah

14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
~~~ tiada

15. senaraikan 8 orang untuk di tag
~~~ yeah , 8 lagi....
sesiapa yg rajin melebarkan tag ini,dgn hormatnya dipersilakan dan dgn ucapan terima kasih.

en.mamai
dah siap.

Monday, August 3, 2009

berbaloi baloi

hari ni aku dapat 2 orange juice
air kegemaran aku,penghilang dahaga dan penguat tenaga
membuka mata dan minda

hari ini aku dapat 2 coklat
coklat kegemaranku,ketagihanku dan keberahianku
melebarkan rasa kenyangku

hari ini aku dapat kuih kesukaanku
walau pada sisa yg akhir
dapat jua aku menelannya dgn rasa lazat..

Ahamdulillah, syukur...rezeki kadangkala berbaloi baloi
syukur...kadangkala berkais kais
nikmat yg mesti di kongsi

p/s..lagi berbaloi baloi kalau ada org jadi belanja mkn.

Sunday, August 2, 2009

menunggu

aduh..bdnku sakit sakit.
agaknyer penat.dr minggu lepas dan minggu ni ank2 tak sihat.
mula si abg di gigit semut.bengkak seminggu,seminggulah aku terpaksa bawa ke opis. nak cuti cuti dah habis. mujurlah ade bilik sembunyi,dptlah aku look after dia..
bagus gak bilik ni,mmg aku sorang je boleh guna..apa2 perkara yg tak berkaitan ngan urusan kerja aku settle kat sini.
minggu ni si kecil..dmm pns.berjaga mlm 2,3 mlm,monitor temp.takut weh..

masa class aerobic ,aku dah rasa
tp sbb teruja aku berhayun juge . Lagu pun dah rancak,cikgupun dah seksi,kengkawan pun dah ready.masa sessi kedua, xtvt ngan drumbell tu yg buat kaki tgn,bahu dan perut aku rasa sakit.

balik umah, ingat nak tido jer, si abg lak mengadu sakit tekak, bdn mmg dah pns, takut ke h1n1, gi sepital .

hari ni,mendobi berbakul bakul,bukan berbaloi baloi..menyental bilik air dan dapur,mengemop dsb.dah ptg baru dpt lilek lilek.baca n3 kat blog org.

perut lapar..oh..hari ni aku langsung tak masak, dan 2,3 hari ni aku tak memasak betul. aku pun takde selera nak mkn.
jap tadi g restoran ngan ank2.depa dah lama lapar, aku je tahan2,sbb takut nak drive honda hubby ku itu..kami berjalan kaki..dah mlm org tak nmpak sangat rombongan kami nih.
aku teman ank2 mkn je aku tak oderpun,tak tahu nak mkn aper, lapar mmg lapar.

dah lps t.mlm nih..aku lom tdo lagi.mata ngantuk, tapi jadi penunggu.tunggu hubby aku balik.
cis,jnji nak bawa tgk konsert kat s.alm,last2 dia pi sorang2.

tp aku enjoy tgk movie tonight- pathfinder pas tu apocalipto..walau dah byk kali tgk.
aku buta huruf sikit, kena byk kali tgk baru faham.sekali tak lut.hehheheh