Friday, January 27, 2012

kasih buat kanda


betapa cinta
sehingga tidak terkerdip mata
melihat alur kasih
mengalir perlahan
lembut menyusup kalbu
alangkah
indah perasaan
jiwa menghamparkan
irama dan melodi asmara
pada pangkuan detak
nafas ini terus berlagu

bernada syahdu
memayungi erti rindu
bersama sama
titis hujan yang sedingin salju
betapa cinta
dalam angan
kanda kudambakan....

Thursday, January 12, 2012

keinginan

yeah..keinginan untuk menulis meluap luap dalam diri. macam byk idea atau datang ilham ntah dari mana. kdg2 tu tgh tidur pun mahu menulis. tapi yang tak bijaknya ialah nak meluah rasa apa sahaja disini. selalu mengingatkan diri, disini bukan tempat yg sesuai. luahan rasa, luahan hati tak sepatutnya disini.
menulislah dari hati..kata seorg sahabat blogger kpd ku.
dan begitulah, akan ada tulisan dari hati..cuma aku bimbang ..menulis ikut kata hati , mati dan menulis ikut rasa, akan binasa.
pernah mahu membeli buku kosong..mahu meluah rasa, segala rasa benci, geram dan sakit hati..
juga mahu menulis keceriaan, kebahagiaan dan juga angan2
biar ia tersimpan disitu, bukan disini .

dan kemudian aku mahu mencoba menulis buah fikiran, atau mengulas keadaan atau apa jua..apa?
dan begitulah aku...keinginan yang seperti angan2, mahu tapi tak tahu..

Wednesday, January 11, 2012

makan

aku byk makan sekarang. mcm2 mknan dah lalu tekak aku. apa sahaja yg boleh dimakan aku makan, tanpa risau.
apa dah jadi dengan aku. ada yg tegur mungkin aku makan berdua?..entahlah, rasanya aku tak mengandung . dan ada yg kata ada hantu dlm perut kot atau tak baca bismillah/doa mkn , sbb tu boleh masuk jer. bukan aku lapar atau tak kenyang2 walau baru lepas makan, tapi bila tengok mknn jer aku nak makan. tapi kalu takde makanan , tidak la aku bersusah payah membikin atau membeli. aku makan apa yg ada. byk yg ada byk la, sikit sikitla atau tak makan apa2 pun boleh.
sbbnya aku tulis pasal ni kerana, pagi tadi aku dah makan nasi lemak 2 bungkus, krnnya mlm tadi konon aku takmo mkn, bila bangun pagi teringat nasi lemak dipersimpangan opis ku yg ku lalui setiap hari dan terkenang kenang nak try beli makan...
bila kwn aku belikan roti canai sekeping, aku balun juga sbb takkan nak tolak kan, then sorang lagi offer roti gandum, mmg utk aku katanya, aku telan juga...
dan aku teringat rutin bekfes aku, milo n biskut...so aku breakfast lah juga seadanya..
tapi kan, lepas ni mm dah tak jumpa apa2 makan lagi sampai pulang ke rumah..

Tuesday, January 10, 2012

pahit

yang lama tersimpan dlm hp aku
yang aku salin dr satu majalah semasa menunggu anak2 bergunting rambut:

pelan pelan kau telan jadam kawan
selain pahit dan bisa rasa
ada manis yang tersembunyi dari akalnya

perfume

ada hajat nak beli perfume yg sopan. haruman yang lembut dan aku jer yg terbau.sbb aku mmg alah bau bauan yg keras..
yg ada dlm simpanan , pemberian dr kwn2 , tu pun dah tinggal botol..
hajatnye dah lama , ongkosnya saja tiada ada.
dan yg menambahkan keghairahan nak berperfume ni sebenarnya ..nak backup bau-bauan yg hadir dari tetamu2 yg berkunjung ke opis aku, tambah tambahan bila hari jumaat. tak tahan mak bau minyak atar...