Friday, November 20, 2009

2012..

musim sejuk malaysia waktu ini. hujan turun bila bila masa dan dimana2 jua. sejuk yg tak berapa sangat pun sbnrnya. tapi kat opis ni dah mcm dlm petiais.
entah mengapa kali ini air cond yg diservice tu mmg betul2 power. bila on ajer, huh sume menggigil, kaki tangan beku. tu yg ada berjaket bagai dan tak kurang juga yg bersetokin.air cond ni air cond lama, 5.0 hp. walaupun temp. 24 darjah , umang aii, sejuk semacam je.

aku yang selsema sejak isnin lepas , masih belum sembuh lagi. haritu aku ada tulis selsema penangan 2012. ada kaitan ke? sbbnyer minggu lepas sabtu, plan cantik mau g tengok movie.punyelah aku berkobar2 mensetelkan kain baju dlm bakul2 tu. dan kuar ke opis king sbb nak tengok ramai2. tapi dah agak, sure ramai wekend cam ni. dah benar, ticket sold out. penyudahnye, ramai2 g makan nasi lemak kat damansara. entahle, pada aku nasi lemak sume sama, tak kira kat mana2pun. berhujan hujanlah dr parking ke kedai tu. mmg ramai orang beratur panjang dan tempat pun penuh. dlm pada tu terjumpe lak ngan boss king. aiseh man..kecik ajer donia nih. dah sampai order, mkn la apa lagi. sedap sbb lapar dan semangat ayam goreng 1/4 besar itu.
yang paling best kata mereka , boss tadi yg belanja..dan masing2 kalu tahu order lain2 lagi. boss tu bukan sng nak belanja, tp kata ku dia segan ngan aku kut, sbb tu dia pemurah, dan lain kali ajak la aku bila mkn2...bole tumpang tuah..

balik opis pun boring, then keluar lagi ke bukit tinggi, klang. walaupun hujan lebat, harapan masih dipertaruh. sama mcm tu juga, perbarisan yg panjang dan ticket sold out utk semua waktu. hebat nau ke citer nih.. tak menyempat2.
dah kat shoping area tu, wajible menyoping walau tak banyak, sehelai pun boleh kot. dah penat melayan ank2 kat game area, kaki tangan dah lenguh, perut pun lapar lagi. tu yg balik menyinggah makan di Zul yahya restauran sek 13. berhujan lagi dr pakir.

ingat hari ahad mau lilek habis, tapi ada yg ajak gi mid valey, mau tgk muve 2012 ramai2 sama blogers. aku menumpang saja ler..pepagi dah kuar , sampai mid valey kul 12.30. terkial2 mencari blogers . jumpa juga akhirnya. dapatlah aku kenal siapa miss siv, beskot,fat choy, mint , acap dan ber uwang / atan. aku kenal sorang je..en ber uwang, mmg aku peminat dia, yg n3 nyer selalu buat ku senyum. yg lain tak pernah singgah. sbb bukan aku dlm senarai mrk, jadinyer, takde sapa yg berkenan kat aku ..

mcm tu jugak, beratur panjang sblm announcement ticket sold out hingga besok.. agak sbb dah plan tgk wayang, mereka belasah juga citer jenifer.
aku bukan kaki wayang, takde rasa frust pulak, yg aku tahu aku mau merayau di situ. dah lama tak mencuci mata . teringat time gila2. ambil cuti mau meroyan . selalu org kedua masuk selepas pintu di buka. yg pertama mesti cik cah..heheh. itulah kesempatan yg ada. hari cuti sibuk ngan ank2, jadi pakat2 cuti dan merayau2 kemana saja..keluar mcm g kerja dan balik waktu balik kerja.

bila dah selesai, balik ler apalagi. badan dah penat, kepala sudah berat. kat umah mcm tongkang pecah..kemas lebih kurang , iron baju secukup hari dan tido.

isnin, tiba2 aku diserang selsema. selasa mau mc tp doc . kata aku tak demam, rabu hidung berdarah, panas didlm badan walau kat opis ni dah mcm petiais, khamis mau cuti ..tak berani, sbb ada urusan bank yang wajib diselesaikan dan boss pun mau outstation, so aku kena pastikan urusan selesai sebelum dia tiada, dan hari ini jumaat...walau rasa berat mau g kerja, tapi aku rasa hepi hari ini, walau king mc sbb berjangkit selsema dan aku terpaksa drive sendiri, walau lambat sbb ank aku sekejap mau g sekolah sekejap tamau, maklumlah dah last day., aku dtg juga. sbb hari ini boss takde bermakna kami boleh bersenang hati sedikit. tiada pakaian formal, mcm mau g shoping gaya, breakfast yg melampau di sofa hingga jam 10.00. irama lagu yang rancak, dan sudah plan mau keluar ke subang parade lunch hour dan balik rumah awal hari ini. dan aku juga telah mencuri masa meng update blog aku ini. maafkan aku ...hehehe

Thursday, November 19, 2009

fail

sudah lame tidak menghapdet blog. takde masa dan takde idea nak dipersembahkan.
takde idea?
jgn tipulah! mcm2 boleh dipublishkan kalau creative. jadi aku tak creative ?
takde masa ye jugak.
masa? jgn salahkan masa. masa ttp sama untuk semua orang. dari awal sampai akhir.mcm2 boleh buat. kalau hero, 5 saat pun boleh save dr mati kena bom.
jadi apa yg pastinya?
terus terang, aku mmg fail berblog sebenarnya .

Sunday, November 8, 2009

semangat..

semangat aku hari ini.pagi2 dah ke pasar.kalau tak huh..malas aku nak kuar rumah pepagi.agaknya aku rasa hepi sbb akhirnya aku dah start kelas dan tadi mlm bukan main rancak menari twist ngan cikgu Tini .lagipun tekak aku ni nak makan saja..

kat pasar aku tercangak cangak sbb tak tahu nak beli apa.biol aku rasa.aku tahu beli ayam saja.tapi hari ni aku tak mau tgk ayam.berdiri kat gerai daging,dan tengok org membeli daging,tapi aku fikir aku sorang je mkn, tak berbaloi, lagipun aku nak msk apa ngan daging..

Jumpe kawan ku si Muzi..kami ronda dr satu tempat ke satu tempat.konon mcm pandai je pilih ikan.dari ikn bawal,terubuk ,ikan merah,patin,kembong,jenahak,kerapu dan sikap.pegang dan letak..nak msk aper ye..aku tya muzi dan muzi tanya aku balik..hahha..kemudian pegang ketam.tapi aku tak tahu ada byk isi ke tidak sbb muzi dok tya.mcm2 alasan pulak bila tak jadi beli ikan2 tu.last2 kami beli sotong..senang sikit nak msk kot.aku tengok dia beli telor dan timun.aku..cehwah beli sayur bayam,udang dan santan. dlm kepala buat syur lemak,sambal sotong,telor dadar..mesti sedap..

sblm balik umah,singgah gerai nasi lemak.kuih pun byk,macam nak beli sume, tapi jgn tamak ye, nasi lemak dua,kuih singgit dan megi yg ank2 kirim.

habis mendobi,budak2 dah minta mkn.so aku dgn semangat memasak dibantu ank2 aku membersih sayurje.dah siap,tinggal nak msk lemak sayur. tp entah mcm mana santan yg aku beli tadi dah takde.mungkin tertinggal kot..hampeh betul.aku punya semangat yg tinggi hari ini,tp pudar tiba2 sbb takde santan.habis aku geledah petiais,kot2 ada santan kotak.hampa,aku teringat aku dah buang saki baki santan kotak termasuk kelapa parut mlm tadi.yg jumpe ikan masin sepat yg aku dapat masa balik kg bulan jun dulu.boleh mkn lagi nih..dan penambah selera dgn lemak bayam.

oleh kerana lemak bayam kesukaan king aku,maka dgn berat hati king pergi kedai cari santan..perli2 lagi..tadi aku yg beria2 mau msk walau king ajak mkn kat luar.
king balik bawa santan dan aiskrim serta air coke. alas perut katanya.ni aku lemah ni,aiskrim ke nasi nak mkn ni..

akhirnya,dapat juga aku hidangkan makan t/hari hari ini dgn bangganya.