Wednesday, July 27, 2011

antara



antara kau....
tatkala aku memandumu
entah mengapa ada cemburu
segalanya bagai gambaran jelas
gelak tawa
gurau senda
bisikan mesra
serta tipu daya



dan aku
tempatku mengadu
sepanjang perjalanan
meluah rasa
memuntah derita

bercerita suka duka
mengimbau kisah sisa

biarpun ada setitik kotor tertumpang di sini
aku harus terima
kerana aku telah diberitahu
perkara yang benar.,


Tuesday, July 26, 2011

Menjelang Ramadhan



semoga Allah memanjangkan umur dan melimpahkan kesihatan yang baik agar aku, suami anak2 juga kepada seluruh muslimin dan muslimat dapat melaksanakan ibadah puasa dgn penuh keihlasan, keimanan dan juga kesabaran.

Monday, July 25, 2011

durian



alhamdulillah...
dah dapat makan durian
lama gak aku tunggu nak merasa buah ni
lepas ni kalau boleh aku takmau dah dok teringat ingat lagi
takmau dah nak cari pasal nak makan buah durian lagi
....cukuplah sudahlah sampai disini saja
hubungan kita berdua
oooooohhh...

Friday, July 22, 2011

mimpi

empangan luas mata memandang
desir angin berbisik riang
lonjakan si ariwana berkeliaran
burung beterbangan di awanan

dilarang pak tua mendekati empangan
tika mahu membasuh lumpur kerang
diberi air pancuran sebagai ganti
berlari lari meniti titi

isi kerang buat persembahan
untuk pemimpin tinggi negara
tapi seekor tikus merah
meronta ronta amarah
dikejar digigit alang kepalang
berlari lintang pukang
alamak....hari dah terang

antara bulan dan harimau

cantik
memang cantik
lagi2 pada yang bercinta
"kita melihat bulan yang sama"

pada aku yang tak ada seni bercinta
melihat bulan seperti biasa
dulu waktu di desa
aku sangat memerlukan cahayanya
buat penerang jalan digelap gelita
untuk keluar mandi atau keluar menonton tb
atau mengintai sang comel ini


kerana cahaya bulan jugalah
aku suka melihat harimau
bermain main di belakang rumah
mengaum sayu mengaum rindu
rindu pada keriuhan gelanggang
rindu pada sentuhan kawan
kini semua tinggal kenangan
entah ada lagi atau tidak
kamu bermain main disitu
kerana semua yang ada sudah pergi meninggalkan kita

namun semuanya akan aku kenang
pada ngauman selamat datang mu
secantik cantik bulan
dan secomel comel kamu

Friday, July 8, 2011

biar jiwa



kau biarku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini
alangkan bulan terang hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku
alangkan bunga kembang hilang warna tanpa siang
bayangkan aku....


perlukah aku menyebut setiapnya yang indahku
tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari lari
separuh aku sudah pun mati
tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkan pada dengki dunia
tidakkah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara....

...fyn jamal

begitulah aku

begitulah aku


syukur ya Allah, masih memberi ruang untuk aku bernafas dan berfikir. walau sarat beban yang ditanggung, namun itu adalah peringatan pada kealpaan juga dari sedikit usaha untuk berubah. dari kelalaian mencorak kehidupan juga kelalaian merebut segala peluang. namun begitu ya Allah kasihanilah aku dan terimalah segala penyesalan bantulah aku dalam setiap akal fikiran jauhkan aku dari sifat durhaka dan mohon ya Allah..rezeki yang berpanjangan..

Thursday, July 7, 2011

persis sungai yang mengalir

persis sungai yang mengalir

( sumber: iluvislam)


Mataku tidak berkerlip memandang ke arah sungai yang tenang. Dari jendela kamar lantai rumahku, kelihatan sungainya begitu tenang. Kadang-kadang burung yang kecil hinggap di sana dan terbang kembali entah ke mana arah tujunya.

Sering kali aku tertanya-tanya apa yang ada di benak fikiran burung-burung itu? Kadang-kadang terbang sekawan dan kadang-kadang berseorangan. Mungkin tidak ada apa yang difikirkan hanya terbang dan makan bagi meneruskan kehidupan. Mereka sering ke sungai itu dan sungai itu memberikan mereka kehidupan.

Sungai yang sudah lama meneruskan kehidupannya di sana. Dan sudah banyak riwayat tertulis di atasnya. Sehingga kini sungai itu masih lagi mengalir tanpa henti tidak kira ke mana haluannya, dan ia dilihat begitu deras. Aku tidak pernah ke sungai, dan persahabatan kami hanyalah dari jarak yang jauh. Sering aku mendengar sungai itu mengeluarkan bunyi. Seolah manusia yang sedang berkata-kata.

"Pesanan apa yang hendak kusampaikan padamu sungai? Nyata aku tidak punya apa-apa pesan yang ingin kutitipkan. Aku cuma merasakan diriku sama sepertimu, mengalir tenang di atas pandanganku. Pesanan apa yang kau ingin aku sampaikan? Kau sungai seperti diriku yang mengalir di alur kita masing-masing. Bezanya aku di sini hanya mengalir di sebatang jalan ini; jalan sungai. Sudah ratusan tahun aku menjalani alur ini."

Tamsilannya adalah seperti sungai, jika masih ada antara kita kecewa, putus asa dan sedikit berduka masih belum dapat apa yang terbaik dan yang diimpikan, jangan berkecil hati. Jangan cepat melambai sapu tangan putih lantas mengaku kalah. Kadang-kadang kita akan diuji sama ada kita benar-benar serius terhadap apa yang kita inginkan.

Ujian akan datang dalam pelbagai bentuk halangan, rintangan dan hal-hal yang membuatkan kita tidak berdaya lagi. Menyerah adalah pilihan yang mudah yang boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Tapi, menyerah tanpa melakukan apa-apa tidak akan membuatkan kita jauh lebih baik.

Saat api padam, mungkin itu adalah saat kita menyatakan kita ingin menyerah kalah. Mari kita belajar dan lihat dari air sungai yang mengalir. Air terus mengalir ke satu arah dan tidak peduli apa yang terjadi. Walau ada sebesar batu yang wujud di tengah-tengah air tidak akan berhenti. Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berbalik arah. Tidak pernah berhenti untuk mengalir hanya kerana beberapa panahan di hadapannya.

Kita juga boleh belajar daripada prinsip air sungai yang mengalir. Maju ke hadapan demi impian yang ingin dikecapi. Air juga tidak pernah gerun apabila berada di tepi air terjun. Mengalir dan terus mengalir dan semangat yang tidak pernah membuat kita gentar. Semoga air yang mengalir akan mengubah diri kita dan persis yang mudah menyerah kalah. Namun percayalah You don't know what the future holds, but you know Who holds it.

soal maliq





mengapa menangis di batu
hah.?
ah..maliq
begini pun dia sudah bertanya
apatah lagi kalau aku berair mata
kerana tiada bahu
mungkin itu jawapan dungu

pada yang aku rasa
dari jiwa yang lemah
pada yang aku jumpa
dari kebetulan atau kealpaan
pada yang aku fikir
dari akal yang cetek
aku tak tahu
rasa tetap rasa
luka tetap luka

aku mahu berhenti menangis
sama sprt aku mahu berhenti mengharap






selamat pengantin baru
buat cikgu nur dan suami
terima kasih atas jemputan
semoga sentiasa dilimpahi kebahagiaan