Wednesday, December 30, 2009

Ladies Day at Gloria Jean's Coffee Subang Parade

kwnku : "Bila Sapura berkahwin dan tidak lagi tinggal dgn emak, separuh jiwa emak kosong.
Emak benar benar rindu pada Sapura, apa sahaja tentang Sapura.
Biarlah apa org kata, tapi mak benar benar tersiksa tanpa memandang wajah atau
memeluk Sapura. Kalau tidak dapat pulang selalu, call atau sms emak supaya emak
dapat mendengar dan melihat nama Sapura di skrin hp emak.."
aku : (tanpa kata tanpa fikiran)
menikmati keenakan Mocha Caramelatte dan Blueberry Cheese Cake .

hubby kwnku : dah lama baru teringat mau call, itupu jalan jam ye? kalau tidak terus saja
pulang ke rumah. Tak perlu kami kesana, kau yang patut pulang melawat
kami , orang tua kamu...
aku : (tanpa kata ada dlm fikiran)
....wajah emak yang menahan sedih dan wajah bapa yang sudah tiada...

Monday, December 28, 2009

syukur 2

syukur.....
padamu Ya Allah
aku hanya meminta dan percaya pada kebesaranMu
sukar bila berhadapan dgn kwn2 yang berlainan agama
ada yg faham dan ada yg cuba kurang ajar.
walau mrk beria ia memejamkan mata memohon sesuatu pada bapak santa tempohari.
walau permintaan mrk sama mcm permintaan aku jua,
tapi aku tetap berpegang teguh dgn apa yg aku pelajari dan juga apa yang aku parcayai..
dan impian yang nyata ini , mrk kaitkan dgn "doa santa"

dan aku sungguh2 bersyukur
dgn rezeki kenaikan gaji bermula January 2010,
walau satu lagi doaku "bonus",belum tiba
dan mungkin bertukar "angpau" nanti..
justeru itu impian memandu "forte merah" akan ditunda lagi...

syukur

syukur..
ank2 ku sudah sembuh dibawah pengawasan suami dan aku.
aku dah senang hati bila mrk betul2 kembali aktif sprt sblm bersunat. pengalaman yang hebat buat mereka dan juga aku yg pertama kali melihat dan berhadapan dgn peristiwa ini. sungguh aku yang rasa sangat risau pada hari mrk mau di sunatkan.perasaan mcm aku mau pergi melahirkan.
mujur ayah mereka sgt prihatin dan sangat bertimbang rasa. sanggup bercuti dan berjaga malam malah melayan kesakitan, menyuap makan dan membawa ke bilik air pada waktu itu. dan kini ank2 ku sudah sihat dan sudah boleh tinggal di taska.

Monday, December 21, 2009

rezeki

sungguh malas hari ini.
apa yang di buat semua tak menjadi.
sungguh aku sudah tiada hati disini.
aku mau pergi tapi belum ada yang memberi...
masih berharap
terus berdoa
pada yang Esa
apa yang dipinta
menjadi nyata...

Sunday, December 20, 2009

datang aku

datang aku
kemari tanpa sesat
walau kota berubah pesat
lalu duduk ditembok batu
satu satu
melihat pejuang seni
penuh emosi jati diri dengan gaya tersendiri
dan aku leka walau angin angin membisik durja
debu debu mencuit bala

tiba tiba ingatan menerjah
membawa masa lalu
yang indah indah segala
lalu di jejak lama kuberhenti
walau tak pasti disana atau di sini
namun ia ada masih utuh dan tak mungkin tanggal

dalam megah hati berwalang
cinta yang berhabis
tinggal hanya kasih sayang
kasih sayang yang tiada sempadan....


... semasa mengunjungi pasar seni tempohari

Saturday, December 12, 2009

13 hours...

cepat masa beredar.tak terhambat rasanya.namun 24 jam sehari harus seimbang pembahagianya.Asasnya 8jam bekerja 8 jam beramal dan 8 jam berehat.dan kita masih boleh menambah tolak atau membahagi antara jam tersebut kepada perkara lain bagi melengkapi kepelbagaian tuntutan hidup

hari ini cuti umum bagi negeri selangor. aku menempah keluar dgn seorang blogger yg dlm blognya begitu meriah dan pemurah pada sessi perjumpaannya bersama bloggers tempohari.

seawal pagi aku telah menyelesaikan sidaian kain baju dgn kadar segera kerna ku tahu akan mengambil masa 48 jam untuk kering,apakan daya disebabkan "dryer" ku telah 6 bulan jahanam.
tanpa penyediaan sarapan berat hanya bekalankcoco krunch,quicker oat madu dan air mineral , aku memulakan perjalanan seawal jam 10.30 pagi bersama en.bloger menuju terus ke centro klang ke jualan murah coklat cadbury .. coklat cadbury?...nun disana perbarisan masuk agak panjang, kalah ku kira perbarisan pada lintas hormat sempena keputraan sultan selangor pada hari ini . diskaun2 pun berkira jugalah membeli tambah tambah bukan duit sendiri..
langkah kaki aku tak pandang kiri dan kanan tapi sebaik keluar dr kwsn coklat, mata terpandang secret recipe yg akan menjadi lokasi perjumpaan bloggers pada sessi seterusnya .kerna mahu sama lokasi aku pun mengoder disitu walau hanya sepotong cheese kek...

andaian yang tidak tepat, sudah ada coklat, ank2 ku tak ingat nak makan yang lain.."mana tahan kata si abang, sudahlah mlm tadi mkn megi, pagi mkn koko krunch ngan air sejuk,ni nak suruh mkn coklat pulak??" hehehe...aku dah malu nak ajak en bloger singgah makan tapi terpaksa. Paling mudah KFC jadi pilihan. En bloger senyum shj...waktu nak bertolak balik terjumpa kwn en bloger dan aku memberi sedikit coklat pada ank2 nya yg juga kwn ank2 aku.tergesa gesa kwn tu mengejar masa bording flight ke kelantan.drive cam ribut.

singgah sebentar konon di rumah adik en bloger untuk memberi sedikit coklat pada ank2 saudara. "langkah kanan" sbb adiknya mengajak mkn t/hari.first time masak untuk tahun ini katanya dan aku sebagai food tester sblm hidangan dihidangkan. aku ok je..org masak..

lepas mkn mau pulang, tapi mrk mengajak keluar berjumpa dgn emak saudara sepupu (busu) yg datang dr melaka.aku sgt suka dapat sambung berjalan jalan nih.mula2 ke fella design dan seterusnya ke rumah ank busu di subang u5.kemudian kami membawa busu ke sunway pyramid kerana 2 org anknya mahu bermain ice skating..tak sangka en bloger sungguh expert rupanya ber ice skating. lain dr yg lain aksi2 yg ditunjukan..kalah Fasya dan Marwan..
dah penat beraksi dan berjalan2 perut minta diaksikan pula. sbb dah bertanya pada ank2 mat saleh campur melayu yg sgt berbudi bahasa tu, mrk mau mkn pizza dan spegheti dan itulah diner tadi.tapi ank2 ku mau chicken rod KFC..ish..mcm2 hal ye..
ingat habis mkn boleh terus balik tapi belum lagi rupanya, sessi window shopping belum habis sehinggalah pintu kedai ditutup barulah betul2 beredar ke pakir.

terima kasih kpd en bloger yg mmg pemurah dan melayan kami dgn baik sekali...semoga murah rezeki dan aku akan belanja suatu hari nanti.

dan oleh kerana hari cuti, jam bekerja itu diguna pakai untuk berlibur di luar dan terpaksa pula mengambil beberapa jam dari jam beramal dan jam berehat yang keseluruhanya berjumlah 13 jam.baki jam yang tingal digunapakai lagi pada kerja rumah , jadi mmg kurang pada jam beramal dan berehat/tidur.
oh sangat tidak adil pembahagian jam hari ini ya...

p/s..aku gila dlm sebutan hrs kerna sembang bersama pilot.

Sunday, December 6, 2009

bau makanan..

selamat berhujung minggu..

terjaga awal hari ini. bau masakan dan riuh rendah jiran belakang rumah. ada kenduri sempena anaknya khatam Quran dan bersunat .Insyaallah aku akan pergi.dah lama dia jemput dan malam tadi jumpa di majlis cukur jambul anak kawan, dia menjemput lagi.aku berbasa basi mau datang menolong, tapi katanya tak perlu sbb pakai katering, dtg makan saja.teringat lak masa kat seremban dulu, aku terintai intai mau dtg menolong jiran selang serumah, tapi tak nampak org bekerja.dah hilang rupanya "rewang", yg nampak van/lori katering...aku suke sibuk sibuk tu, tp mgkin dulu dulu.
tapi mmg meriah cuti sekolah, tiap minggu ada kenduri kawin, bersunat dan hari jadi. mmg syok makan tapi yg tak best lepas makan, mcm2 hal isi perut aku. aku mmg bermasalah bila mkn byk dan bermacam2 jenis. atas bawah berlumbe lumbe nak keluar balik lepas tu.mgkin"makan bila lapar dan berhenti bila kenyang" adalah bertepatan untuk aku.
mlm tadi aku syok makan. kebetulan dtg lambat..king tgk badminton game..tmpat kosong kat takde nampak,dan aku malas nak mengambil kerusi, so aku duduk kat kerusi cantik berdekatan meja mknn. masa berdoa..aku dah tak sabar mau makan, dan perut mmg lapar .bila announce boleh makan, aku first ambik nasi , lauk dan kuih. kesian mrk yg beratur panjang sbb meja mknn hanya satu.aku ambil sikit dan habis mkn cepat sbb mengenangkan king dan ank2 belum mkn.
bila giliran ank2 makan, aku makan lagi, sbb tadi aku tak ambil ikan,ulam dan sambal belacan..lepas tu cik fizah menjamu puding roti.sedap, walau dah kenyang, aku mkn juga bila king pun beria2 suap aku,sbb aku pgg baby tuan rumah...dan akibatnya aku tak lena tidur sbb perut ku senak dan lepas muntah baru ok...
minggu lepas, g kenduri kawin di kesang.sblum pergi sudah mkn nasi sbb tak tahan kari daging dan asam pedas. mummy suruh buat kari daging korban, sekejap aje dah siap.pelik dia sbb tanpa santan dan kerisik yg baru beura2 nak beli, kariku sudah boleh dimakan dan sedap kata mrk tanpa tahu aku taram saja.
mcm biasa, aku pengemar mknn. makan nasi beriani dan ayam percik, tapai,kuih koci dan kek.oh.....walau ku tahu akibatnya..dan kat seremban stesen minyak habis keluar semua.aku dengar sorang makcik tegur, nape aku muntah..aku jawab..mengandung....hehhe

aku menunggu anak bangun, janji mau main badminton..kat luar dah terang benderang, main tak seberapa nanti, mkn je yg lebih, lepas main berjalan ke gerai mencari nasi lemak best nih..