Thursday, October 22, 2009

silau..

silau mataku ini
dek pandangan yg tidak mengiurkan lagi
pada amatan mata ksar dan naluri ku
kaki kaki yg hodoh
juga ponggong2 yang bedebah
depan belakang yang berkerenah
entah..
mengapa hari ini aku jelek sekali
walau sudah mangli hari hari
mungkin mata ini
rindu pada jubah biru,kuning,merah hitam dan putih..

Tuesday, October 20, 2009

semalam

semalam
tanpa ku rancang tapi dirancang
bertemu kawan
tidak sukar dan sangat senang....
datang dr mimpi berat
ke putrajaya memadu panas terik taman putra
menyoal diri jubah biru
menongkat mata lampu jalan
memasang angan dijambatan
dan dingin aiskrim juga hujan di alamanda
bergelak ketawa
beradu upaya
sungguh pantas waktu
pulang
bersama manis yang akan dikenang....

Sunday, October 18, 2009

serabut

aduhai...
anak2 ku ini,dilarang bagai disuruh.yg disuruh tak buat pula.
ada ke patut,main bola bagai nak rak dlm umah. tah mcm mana si kecil terbaling bola atas meja mkn dan terkena mangkuk tingkat yg berisi lauk pauk dr kenduri tadi...
aduh!!!habis bersepah dilantai..kari daging batang pisang, ayam msk merah,paru goreng , air asam dan nasi minyak bertaburan dilantai...huhuuuu..aku sdng kalut mengiron baju sekolah + baju kerja di atas..riuh rendah aku dengar, baru je si abg nak report, si kecil dah nangis , bilang tak buat...aku mula nak marah tp tak jadi,,,,ahhh... marah pun tak guna..aku cakap simpan bola dan tidur jelah...
hari ni walau penat aku cool pulak..kalu tak..huh..hanger aku sebat diaorg nih..
aku mmg serabut akal tadi.kain baju yg bergantungan,yang nak di gosok, yg belum sidai dan yg tgh dimesin..lantai pula bersepah dgn cebisan cup cake yg bebudak ni mkn dan dan ditambah bwh meja tu...pulak tu si abg minta mkn . dah dibuatkan nasi goreng, tak mahu mkn pulak katanya..dah tu berebut tempat tidor dlm bilik, last last aku suruh tidor depan tv ajerlah...si kecik marah2 bila aku nak kunci pintu..katanya nanti ayah tak boleh masuk.....
esok hari kerja..aku mcm tak mau p saja..tp aku ada urusan bank esok..entahlah, dah puas aku hitung, kejap cukup kejap tak cukup duit kat bank yg nak di TT ke Jepun nih..
ingat mau cuti. dah lama tak cuti. dr bulan puasa kerja bagai nak rak, raya pun tak bercuti pjg. Form dah isi tapi tak antar.salah aku juga.
Ingat emak dtg nak ambil cuti, tp emak sekejap saja.emak pun tak senang hati . yelah kalu dah marah2 cucu depan dia, dah tu nak bercakap bertanya khabar jauh sekali.yelah kita ni pun mmg bodoh hari tu pasal tmpat nak pergi, sesat sikit .....entahlah...bila dah bodoh nih...padan muka kalau kena maki...padan muka ..
owh..sume dah tidur..kesian bila dilihat begini.tadi ..argh!!!...meremang hati...
perut lapar pulak...argh...tidor lah...esok baru mkn...

Monday, October 12, 2009

makan

kat umah org beraya/beropen house..wow.. byknyer makanan. silau tekak mana satu nak makan.
kerana tamak..sume2 aku try .setiap minggu ader je jemputan, dekat2 aku tiba , namun yg jauh aku mohon maaf. last week member kat nilai jemput, kerana king kepenatan outstation, maka aku tak berani nak ajak. Rozza studio pun aku tak dpt pergi, alasan tada org jaga anak. so mana yg dapat, aku pulun makan, tak byk tp berjenis jenis...
penyudahnya...hari ini aku asyik ulang alik ke tandas...macam mau mc saja, tp boss takde dan one staff cuti, so aku duduk jaga talipon je lah..rugi kalu mc ..

teringat aku bila org beraya umah aku..hehehe..
bukan tak tahu nak pilih, tapi terpaksa pilih..
makan nasi putih + asam pedas + ikan goreng (Menu mlm)
nasi putih + asam pedas + telur dadar (menu mlm)
nasi putih +siakap stim+ sambal udang + sayur (menu t/hari)
nasi putih + siakap stim + sambal udang (menu t/hari)
mee goreng,mee goreng dan mee goreng (menu ptg)

sampingan..bubur jagung + ais
ice cream,kek dan maruku otak otak - untuk kanak2
Air : Ribena..

namun mrk berselera sekali. mujurlah yg datang satu satu family je
tapi inilah yg aku tahu masak sebenarnya...

hehehe..

Friday, October 9, 2009

betul kata mereka

ini luhan hati,luahan rasa
harap jgn mati dan binasa...

kata mereka..awas dgn boss baru, boss yg putar belit, kuat mengular dan kalu boleh semua company tanggung perbelanjaannya. aku setuju...
kata meraka..staff baru mesti lengloi, pangkat tinggi ,gaji byk dan sombong. 50% betul.
kata mereka..kau mesti selalu ditinggalkan sorang. betul2 ni..
kata mereka..staff baru malas nak jaga kebersihan dan kebajikan insan.. tepat sekali
kata mereka.. staff baru gelpren ketua boss..terbukti
kata mereka.. sume hal berkaitan opis kau yg settle..memang
kata mereka..ketua boss mcm askar jepun yg menawan malaya.. bagitulah..

mmg tepat apa yg mereka kata pada ku sblm mereka diusir dr sini...
tp dah nama aku yg tak suka pedulik org....
mcm ahli politik la..time dia perintah..kautla mana boleh,
tp yg heran time org perintah, dia complen itu ini..
nasibla sapa jadi ketua..

namun aku sentiasa menjadi diriku sendiri. aku tidak hipokrik bekerja.
apa yg benar dan tidak mesti ikut.
kerana berkat rezeki akan membuat kita bahagia..
buat kamu diluar sana, dan buat mereka di dlm opis ini..
anda harus ingat...apa jua permintaan anda akan tunai jika CA dan Expa menunjukan jumlah yg boleh diguna. kalau tidak..sendiri mau ingat. mengular ngular kat luar tu, memberi ketenangan kat aku sorang2 kat opis. aku boleh berfikir panjang,aku boleh bertalipon dgn member2, berchat dan berblog dgn senang hati..kalau tak selama ni mcm katun, penat kerja pun bdn kena tgk kat meja. boleh mkn dan minum anytime, walau aku tak suka buat mcm tu, mcm tak siuman..

pedulik aper aku dgn mrk yg lengloi, mmg lengloi takkan nak buang sampah atau memvacuum opis atau mencuci jamban..
dgn sng hati aku mengoder cleaner untuk menjaga kebersihan..
dgn senang hati aku mengoder motor shutter, complaint shutter berat.
dgn senang hati aku menunjukan masa2 aku yg perlu mrk tahu..

lengloi sorang lagitu dah namanya gelpren big boss, mmglah dia eksyen..tp aper aku pedulik..time kerja aku kerja, time balik aku balik, time mkn aku mkn, time solat aku solat..ni tak..korang kat luar tu..sanggup tak guna masa masa tu demi boss konon.. bila dah diberhentikan..pandai pula maki hamun boss, dan nak saman lagi..

kebajikan .. hah..dlm freeze tu penuh mkn dan minuman. silakan..
nak berbaju sesingkat mana pun tak kisah, aku pun bukan pandang korang tak tentu pasal
doctor..pilihlah yg mana suka
condo kat mount kiara..duduklah, boss yg bagi kan
insurance..selagi korang idup..
dtg balik dah tak kira pukul berapa korang suka
aku cam biasa..mmg masuk lambat, balik awal dr dulu dulu lagi..
aku tak pernah wish gd morning, tp bila boss dah wish tu aku jwbla..
aku tak pernah babai nak balik..so jgn tya aku kat mana time balik yer..

big boss mmg garang, tahu aku cakap tahu, tak tahu aku kata tak tahu
buat apa tipu..l
dia tahu nak $$$$$$ saja. aku mmg jagalah bab2 $$$$$$$$ ni...
kalau byk msk..ok, kalau tak ko...
yg penting..alasan mesti ada...

namun apa jua demand bergantung kpd $$$ com. korang kalu menepati piawaian customer mmg ada $$$, kalu tak ..haram nak ada $$$$

senang citer..
ada ada, tada tada..

bukanya, ada tp kedekut
tada ...sah sahlah tada..

Friday, October 2, 2009

mee sedap

balik keje singgah kedai. bawak duit cukup2 wat beli ayam dan santan.Planing nak masak kari..masa beratur tgk ada org beli megi goreng jenama sedap..dek puasa rasa terliur lah pulak..ingat2 pernah msk mee goreng ini, dan mmg sedap.
aku capai juga megi tu dan berkira2 melepaskan santan dan bawang . tp dekat kaunter, aku lepaskan megi..huhu..sungguh miskin aku, tp brader tu ambik megi tu dan kirakan harga dan kata bayar next time.
Tapi aku tak biasalah, so aku g ambil duit kat keta dan bayar balance.
Kat umah aku masak megi, 2 bungkus lagi, walaupun mereka yg lain tak makan megi ni,tp kerana lapar sgt aku tamak..bila time berbuke, aku gelojoh suap makan...makan ,makan..
hampeh..tak sedap . mungkin mee tu tak lembut sgt kot aku masak, atau memang tak sedap..

anak aku cuba makan , tp lepas tu muntah balik...pelik aku..
mee sedap yg tak sedap...