Thursday, December 29, 2011

Nak kawin


tiba tiba bila terbaca berita yg mereka berdua ni nak kawin , aku suka sangat. tak tahu kenapa. cuma dua artis ni pada aku cantik dan handsome .
bila tgk tarikhnya february..aku lagi suka sbb sama bulan aku nikah kawin dulu dulu dan sama bulan aku lahir. sebab tu aku suka february..bagi aku itu bulan cinta...har har haram jadah punya perasan.
tapi bila ada lagi ayat kat situ tulis yg mrk rapat dari BBM ..itu yg buat aku tersentap...mcm trauma segala bila bab2 BBM, sms, fb, ym, skype ....dinyatakan..arghhh..lantaklah..bukan hal aku.
ianya juga mengingatkan aku pada seorg kwn yg minat sgt perasan si lisa surihani ni, tup2 bila minah ni dah umum nak kawin, aku mcm rasakan tentu dia nak ke melaka lepas ni...

Tuesday, December 20, 2011

staff baru

semalam kat opis ada staff baru masuk as editor pengurusan. ok lah ada gak kwn. kalau tak sensorang. tapi budaknye pendiam. sbb baru kot. esok lusa mana tahu.
nak mengedit manuskrip ni kena 100% kyusuk . mana boleh bercakap banyak nanti tah apa benda yg tercetak kat buku.duduk pun nun jauh disebalik dinding. dengar bunyi keyboard je. sampai lupa pulak nak ajak makan tadi, ingatkan takde org.
kdg2 bertemankan freelanser (editor) . encik yg datang ni, sekejap sekejap jer, phone bunyik ting tong ting tong , kuar dan tak masuk dah. tapi bila dah due date, sampai malam bertahan. kalau lampu dah kelip2 merah, bukan main lagi mata kat skrin, tak berkelip2.
kdg2 bertemankan ustaz pulak. pantang tegur mulalah nak beceramah. aduhai, aku kureng sikitla. mmg bagus kira ilmu kebaikan, tapi kalu dah non stop, wartawa pun bosan. last week ada wartawan dari majalah i dtg , nak buat temubual apa tah, wah! encik ustaz punyalah sembang sampai boss aku ajak solat asar berjemaah, baru stop ye pakcik.
kdg2 bertemankan cleaner..tempat aku paling risau dia kata. mana taknya, kertas kiri kanan atas bawah. mak tak sempat nak filing neng..tolong boleh ka...
cuma pagi2 jer riuh kecoh. driver nak kuar mcm2 yg nak dibagitahu bayar apa, bawa apa n kemana, cakap sekali takpe, 2 3 kali baru faham. dengan claim2 yg nak disettlekan pulak tu. salesman pun sama , masa ni lah nak mcm2. tak tahu nak buat sendiri, sampai e mail pun nak direplykan..sabar mak sabar..

Monday, December 19, 2011

alamak

alamakkkkkkkkkk...dah lama bertahan dari rasa macam ni. dah puas berjanji dgn diri untuk kebal dan bertahan..tapi tah mcm mana , bulan mengambang jugak kiranya, pommmmmmm, kboooommmm, rasa sedih dan malu dtg lagi.

kenapalah aku selalu lupa dan lupa dan lupa. punyalah menggunung semangat, punyalah tak sabar, punyalah rasa seluruh jiwa seantero dunia, tup tup tup tup....bukan aku punya lah. org lain yang punya juga juga dan juga. aduhai..mcm mana aku tak perasan ...tolonglah kurangkan segala rasa, bukan siapa siapa pun aku ni..bukan dan bukan.

mcm mana nak buat, tak boleh lagi dah tahan. dah berzikir dan baca ayat qursyi.. automatik ,dgn sendiri kejadiannya.
susah!susah! jadi manusia mcm aku ni .

hari ni rasa bersalah pulak.
tak tahulah sampai bila or sampai bila bila pun dah tahu, jgn nak berlagak mcm aku punya 100%. silap rupanya aku..haiyaaaaa, mcm mana nak buang sikit sikit, buang atau simpan, 2 pilihan jer yg ada.

bertenang ...bertenang..tarik nafas dulu..
ingat, dan ingat dan ingat...cari kehidupan sendiri. jgn bergantung dgn org lain. cari part time kalau sengkek, cari kenalan kalau sunyi, cari hiburan kalau sedih...apakah?

arghhhhhh..sudah sudahlah. dilayan beginilah jadinya. pandang depan, simpan azam, ingat dendam.
apapun yg jadi, hukuman tetap hukuman.. tapi jgn mati sblm masa mati!

Wednesday, September 28, 2011

pementasan teater juta juta

pementasan teater kecil yg aku dan family sempat saksikan. sebelum ini ditempat yg sama =stor dbp=aku pernah datang dan pulang dgn kagum . kagum dgn pelakon yg pandai berlakon. marah, ketawa, nangis dan gila..boleh jadi.
sebarang mesej atau maksud yg nak disampaikan , entah aku faham dan tak faham sama saja. mcm biasalah , aku bukannya faham sgt pasal art2 ni.nilai2 komersial pun tak.heheh.. namun aku juga tak faham bila buat cerita ada lagu ada menari ada mati... juga malas nak fikir2 tu yg membuatkan aku mcm dunggu jer bila tgk pementasan atau tgk movie sekalipun. tapi meroyan gila babi bila org tak ajak tengok atau bila ada org lain yg turut tumpang tengok, berdua duaan tu...

mungkin pada yg berfikir dan sensitif, teater ni ada sindiran. tapi kpd siapa ya? kalo yg dtgnya bukan dr kalangan yg nak disindir, tak kemana. >>>

cuma aku suka bila ending cerita bukan mati. endingla kat mana2 yg suka. barula puas tgk . mcm teater juta2 ni. ending kat mana 2 suka..terbaek terbaek! buat lagi mcm ni. ini tak, buat cerita beribu2 episod, sorang mati timbul watak lain, ulang2 sampai dah takde idea, last2 semua mati! aku ingat n dah biasa dengar, kalau aku terzzzzzz masa tgk drama kat tv....bila terjaga lalu tertanya, mcmmana cerita tadi?..jwpanya..semua mati..huduh betul.

mcm citer Kasih /Alia. terlayan juga sbb time bulan puasa . sementara msk n hidang2 ,terjuling juling gak mata kat tv. hish..lepas raya tengok tak juling2,bosanlah nak ngabihkan pulak. cukuplah bila qasih dah jumpa qabil, tajuknya pun kasih..ini tak dia sambung cerita bab mama anislah, kena rompak n bunuhlah, yg nak p hajilah, yg nak kawinlah...haih..
tulah, pandai buat cerita tapi tak tahu nak buat ending..ending semua mati. mmgla habis cerita.
malas la nak tgk tv lagi..tapi sbb suka kat si johan asari ..layan juga cinta elisa..

ini aku paste n copy
saja nak nampak panjang2..

PEMENTASAN TEATER JUTA JUTA DI STOR DBP (DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA) 21 HINGGA 25 SEPTEMBER 2011

MASK Team dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal mementaskan sebuah teater bajet Teater Juta – Juta di Stor DBP, Kuala Lumpur dari 21 September hingga 25 September 2011 jam 8.30 malam.

Teater yang mengisahkan mengenai perjalanan seni tiga orang kawan baik yang bercadang mementaskan di sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni. Mereka membuat sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan banyak pihak. Walau bagaimanapun, perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang disangka.

Teater Juta Juta

Sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. apakah yang terjadi kepada tiga sekawan ini? berjayakan mereka membuat persembahan di Keraton? Berapakah nilai tajaan yang diberikan oleh para penaja? Muzikal apakah yang mereka pentaskan di Keraton? bersama-sama kita saksikan kesudahannya.

Bagi sesiapa yang meminati seni teater tanah air tentunya akan menanti-nanti karya terbaharu daripada Fasyali Fadzly. Beliau sebelum ini pernah mengarah dan menulis beberapa buah teater. Paling terkini adalah teater KOTAK HITAM (sebuah monodrama) yang dipentaskan di Stor Teater DBP baru baru ini. Selain itu beliau turut pernah mengarah beberapa karya lain seperti Berani Mati (2009), Oedipus (2010) dan banyak lagi.

Aloy Paradoks pula adalah aktivis teater dan seni indiependent tanah air yang sedang mencipta nama. Beliau kini sedang giat menyiapkan sebuah novel bertajuk Nurul Asyikin. Selain itu, beliau turut pernah mengarah dan menulis karya teater seperti Hegemoni, Merocok-rocok dan Nautika juga sebuah filem bertajuk Kontradiksi untuk tayangan 2012. Juga aktif menganjurkan event seni sekitar Kuala Lumpur.

Fazleena Hishamuddin adalah seorang gadis yang tidak peru diperkenalkan lagi. Beliau digelar Ratu Indie Malaya yang telah banyak terlibat dalam kegiatan seni indie sekitar Kuala Lumpur. Dari bacaan puisi, penulisan cerpen, lakonan, penerbitan dan banyak lagi. Antara pembikin filem pendek wanita yang aktif malah beliau turut mengatur beberapa kegiatan seni di sekitar Kuala Lumpur.

Anas Ridzuan adalah seorang pelajar dari Fakulti teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM dalam bidang teater. sebelum ini beliau banyak terlibat dalam bidang nyanyian dan juga lakonan di dalam kampus. Beliau yakin kini adalah masa yang sesuai untuk beliau menembusi pasaran luar untuk memajukan diri dalam bidang lakonan dan pengarahan.

Teater berkonsepkan satira yang berdurasi 1 jam 15 minit ini membariskan para pelakon teater yang berpengalaman seperti Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Riduan.

Pas pas masuk berharga RM20 boleh didapati pada hari persembahan dan untuk tempahan individu mahupun berkumpulan boleh menghubungi Cik Ajune di talian 012 – 2789352

Maklumat lanjut boleh layari facebook.com carian teater Juta Juta.

Teater Juta Juta

Teater Juta Juta

Teater Juta Juta










Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka
Date & Time:21 - 25 Sep @ 8:30 PM
Karya & Arahan : Fasyali Fadzly

Menampilkan lakonan : Aloy Paradoks, Fazleena Hishamuddin, Anas Riduan

Amaran: TEATER INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA. ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP DAN YANG TELAH MATI.

Sinopsis : Sekumpulan aktivis teater miskin di Malaysia yang menghadapi tekanan untuk mementaskan teater mereka di sebuah panggung terulung negara iaitu Keraton Seni. Dalam sesi pembentangan kertas kerja, mereka menerima pelbagai respon dari para bakal penaja, wartawan dan pengarah Keraton Seni itu sendiri.

Kesemuanya berpendapat bahawa teater yang ingin ditampilkan oleh sekumpulan anak muda ini tidak memiliki nilai komersialnya dan akan gagal di panggung. Jadi mereka bercadang untuk tidak memberikan tajaan dan menolak permohonan ini supaya dapat memberi ruang kepada satu pementasan Muzikal lain yang akan lebih berjaya menarik perhatian penonton kerana di barisi oleh penyanyi-penyanyi popular tanah air.

Dalam masa yang sama sewaktu Hang Tuah dan Hang Jebat sedang bertikam di istana Melaka. Kasturi, Lekir, Lekiu yang malas untuk turut campur tangan sedang memancing ikan di Kolam Larangan Istana. Antara perbahasan mereka ialah adakah mereka bertiga itu akan dikenang sama hebatnya seperti Han Tuah dan Jebat, atau di lupakan sahaja. Antara mereka bertiga Hang Lekiu sangat berkebolehan menelek masa hadapan telah melakukannya untuk melihat ke masa hadapan.

Sementara Pengarah Pementasan itu, Penerbit dan Sinografer terus berdiskusi untuk menentukan konsep dan maruah teater mereka. Akhirnya lantaran mempertahan ego berlaku pertelagahan antara pengarah dan penerbit. Pengarah Keraton Seni, Pengarah Bank ABC dan lain-lain penaja terus cuba untuk menyekat dari teater ini di pentaskan di Keraton Seni.

Info : Menggunakan kaedah play within the play. Teater ini menampil 3 orang pelakon yang setiap seorang akan membawa antara 3 hingga ke 4 watak dalam pementasan ini.

Venue : Stor Teater, DBP, Dewan Bahasa Pustaka

Date : 21 - 25 September 2011

Time: 8.30pm - 10.30pm

Admission : RM20



Wednesday, September 21, 2011

ahli baru beraya


anak ku, syafiq serta anak susuan ku, alisya dan ajwad.

salah tafsiran kalau tak dinilai

pada ramadhan yang sudah berlalu pergi, juga syawal yang tinggal berbaki, hati makin sunyi perasan kian sepi
masih mengenang cerita lama cerita duka cerita hiba
celakanya hingga kini dan mungkin selamanya pasti
bagai jatuh ditimpa tangga kena pula pasu bunga
lalu tepuk sorak hilai ketawa yang diterima
merpati makin manja terbangnya
buaya makin lebar senyumnya

Wednesday, July 27, 2011

antara



antara kau....
tatkala aku memandumu
entah mengapa ada cemburu
segalanya bagai gambaran jelas
gelak tawa
gurau senda
bisikan mesra
serta tipu daya



dan aku
tempatku mengadu
sepanjang perjalanan
meluah rasa
memuntah derita

bercerita suka duka
mengimbau kisah sisa

biarpun ada setitik kotor tertumpang di sini
aku harus terima
kerana aku telah diberitahu
perkara yang benar.,


Tuesday, July 26, 2011

Menjelang Ramadhan



semoga Allah memanjangkan umur dan melimpahkan kesihatan yang baik agar aku, suami anak2 juga kepada seluruh muslimin dan muslimat dapat melaksanakan ibadah puasa dgn penuh keihlasan, keimanan dan juga kesabaran.

Monday, July 25, 2011

durian



alhamdulillah...
dah dapat makan durian
lama gak aku tunggu nak merasa buah ni
lepas ni kalau boleh aku takmau dah dok teringat ingat lagi
takmau dah nak cari pasal nak makan buah durian lagi
....cukuplah sudahlah sampai disini saja
hubungan kita berdua
oooooohhh...

Friday, July 22, 2011

mimpi

empangan luas mata memandang
desir angin berbisik riang
lonjakan si ariwana berkeliaran
burung beterbangan di awanan

dilarang pak tua mendekati empangan
tika mahu membasuh lumpur kerang
diberi air pancuran sebagai ganti
berlari lari meniti titi

isi kerang buat persembahan
untuk pemimpin tinggi negara
tapi seekor tikus merah
meronta ronta amarah
dikejar digigit alang kepalang
berlari lintang pukang
alamak....hari dah terang

antara bulan dan harimau

cantik
memang cantik
lagi2 pada yang bercinta
"kita melihat bulan yang sama"

pada aku yang tak ada seni bercinta
melihat bulan seperti biasa
dulu waktu di desa
aku sangat memerlukan cahayanya
buat penerang jalan digelap gelita
untuk keluar mandi atau keluar menonton tb
atau mengintai sang comel ini


kerana cahaya bulan jugalah
aku suka melihat harimau
bermain main di belakang rumah
mengaum sayu mengaum rindu
rindu pada keriuhan gelanggang
rindu pada sentuhan kawan
kini semua tinggal kenangan
entah ada lagi atau tidak
kamu bermain main disitu
kerana semua yang ada sudah pergi meninggalkan kita

namun semuanya akan aku kenang
pada ngauman selamat datang mu
secantik cantik bulan
dan secomel comel kamu

Friday, July 8, 2011

biar jiwa



kau biarku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini
alangkan bulan terang hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku
alangkan bunga kembang hilang warna tanpa siang
bayangkan aku....


perlukah aku menyebut setiapnya yang indahku
tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari lari
separuh aku sudah pun mati
tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkan pada dengki dunia
tidakkah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara....

...fyn jamal

begitulah aku

begitulah aku


syukur ya Allah, masih memberi ruang untuk aku bernafas dan berfikir. walau sarat beban yang ditanggung, namun itu adalah peringatan pada kealpaan juga dari sedikit usaha untuk berubah. dari kelalaian mencorak kehidupan juga kelalaian merebut segala peluang. namun begitu ya Allah kasihanilah aku dan terimalah segala penyesalan bantulah aku dalam setiap akal fikiran jauhkan aku dari sifat durhaka dan mohon ya Allah..rezeki yang berpanjangan..

Thursday, July 7, 2011

persis sungai yang mengalir

persis sungai yang mengalir

( sumber: iluvislam)


Mataku tidak berkerlip memandang ke arah sungai yang tenang. Dari jendela kamar lantai rumahku, kelihatan sungainya begitu tenang. Kadang-kadang burung yang kecil hinggap di sana dan terbang kembali entah ke mana arah tujunya.

Sering kali aku tertanya-tanya apa yang ada di benak fikiran burung-burung itu? Kadang-kadang terbang sekawan dan kadang-kadang berseorangan. Mungkin tidak ada apa yang difikirkan hanya terbang dan makan bagi meneruskan kehidupan. Mereka sering ke sungai itu dan sungai itu memberikan mereka kehidupan.

Sungai yang sudah lama meneruskan kehidupannya di sana. Dan sudah banyak riwayat tertulis di atasnya. Sehingga kini sungai itu masih lagi mengalir tanpa henti tidak kira ke mana haluannya, dan ia dilihat begitu deras. Aku tidak pernah ke sungai, dan persahabatan kami hanyalah dari jarak yang jauh. Sering aku mendengar sungai itu mengeluarkan bunyi. Seolah manusia yang sedang berkata-kata.

"Pesanan apa yang hendak kusampaikan padamu sungai? Nyata aku tidak punya apa-apa pesan yang ingin kutitipkan. Aku cuma merasakan diriku sama sepertimu, mengalir tenang di atas pandanganku. Pesanan apa yang kau ingin aku sampaikan? Kau sungai seperti diriku yang mengalir di alur kita masing-masing. Bezanya aku di sini hanya mengalir di sebatang jalan ini; jalan sungai. Sudah ratusan tahun aku menjalani alur ini."

Tamsilannya adalah seperti sungai, jika masih ada antara kita kecewa, putus asa dan sedikit berduka masih belum dapat apa yang terbaik dan yang diimpikan, jangan berkecil hati. Jangan cepat melambai sapu tangan putih lantas mengaku kalah. Kadang-kadang kita akan diuji sama ada kita benar-benar serius terhadap apa yang kita inginkan.

Ujian akan datang dalam pelbagai bentuk halangan, rintangan dan hal-hal yang membuatkan kita tidak berdaya lagi. Menyerah adalah pilihan yang mudah yang boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Tapi, menyerah tanpa melakukan apa-apa tidak akan membuatkan kita jauh lebih baik.

Saat api padam, mungkin itu adalah saat kita menyatakan kita ingin menyerah kalah. Mari kita belajar dan lihat dari air sungai yang mengalir. Air terus mengalir ke satu arah dan tidak peduli apa yang terjadi. Walau ada sebesar batu yang wujud di tengah-tengah air tidak akan berhenti. Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berbalik arah. Tidak pernah berhenti untuk mengalir hanya kerana beberapa panahan di hadapannya.

Kita juga boleh belajar daripada prinsip air sungai yang mengalir. Maju ke hadapan demi impian yang ingin dikecapi. Air juga tidak pernah gerun apabila berada di tepi air terjun. Mengalir dan terus mengalir dan semangat yang tidak pernah membuat kita gentar. Semoga air yang mengalir akan mengubah diri kita dan persis yang mudah menyerah kalah. Namun percayalah You don't know what the future holds, but you know Who holds it.

soal maliq





mengapa menangis di batu
hah.?
ah..maliq
begini pun dia sudah bertanya
apatah lagi kalau aku berair mata
kerana tiada bahu
mungkin itu jawapan dungu

pada yang aku rasa
dari jiwa yang lemah
pada yang aku jumpa
dari kebetulan atau kealpaan
pada yang aku fikir
dari akal yang cetek
aku tak tahu
rasa tetap rasa
luka tetap luka

aku mahu berhenti menangis
sama sprt aku mahu berhenti mengharap






selamat pengantin baru
buat cikgu nur dan suami
terima kasih atas jemputan
semoga sentiasa dilimpahi kebahagiaan






Wednesday, March 23, 2011

Demi Cinta

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan pasangan hidup kita seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.

Tirulah sifat Al A'ffu (Maha Pemberi Maaf) Allah SWT... yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kitam sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu... pengampunan Allah tidak bertepi dan "bertapi" lagi.

Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan suami atau isteri kita? Kita hanya manusia yang turut berdosa... Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah isteri atau suami kita.

Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan pasangan kita hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!

Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati... Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati.

Bila datang perasaan semacam itu di hati mu... sedarlah ketika itu Allah menguji cinta mu! Allah bukan sahaja menguji cinta mu kepadanya, tetapi menguji cinta mu kepada-NYA..

Pada ketika itu terujilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta hanya mengikut perasaan atau cinta nafsu? Memang, orang yang paling dapat membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau cintai. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri... Oh, Tuhan Kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar.

Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.

Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk isteri atau suami mu tetapi buat hati mu sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan.

Kemarahan seumpama 'bom jangka' yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita.Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah "benci tapi rindu".

Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan dalam hidup... berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita 'bebas' dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu.

Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita.Kemarahan itu adalah "api" dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.

Justeru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau "life style" orang-orang yang soleh. Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. Sayidina Ali pernah memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. Kita tentu ingin meneladani mereka bukan? Bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi, kalau bukan isteri atau suami?

Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun... Apatah lagi memaafkan isteri atau suami sendiri. Ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan. Dan hakikatnya suami atau isteri kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!

Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang nasuh hidup, bukan untuk orang yang telah mati.

Bayangkan, isteri atau suami kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh sidia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada yang "tidak selesai" antara hati-hati kita berdua?

Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.

Percayalah! Saya pernah mendengar cerita betapa ada seorang suami yang kematian isteri, yang hingga kini masih terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangkanya. Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!

Telah berapa kali saya ulangi bahawa jika kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan tidak memaafkan diri sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Telah terbukti ramai penghuni rumah sakit jiwa adalah terdiri daripada mereka yang bakhil... Bakhil kerana harta? Bukan! Tetapi terlalu bakhil untuk memberi satu kemaafan. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah walaupun mungkin tidak sampai dihantar ke rumah sakit jiwa.

Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibodi ataupun vaksin... tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.

Seorang ahli falsafah, Plato pernah berkata,"kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan." Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri? Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.

Justeru antara adab tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita ialah memaafkan kesalahan orang lain. Setelah membaca "4 Qul", doa tidur dan zikir-zikir yang lain, kita diminta memaafkan semua kesalahan orang lain pada hari itu. Dan "orang lain" yang paling dekat dan hampir dengan kita ialah teman tidur di sebelah... siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita.

Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam "fail" di hati sanubari kita. "Delete" segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan lagi fikirkan "sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini..." Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.

Siapa kita yang sepatutnya dilayan, dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya, jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.

"Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. "

"Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku."

Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!

Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini, tak apalah... aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus cintakannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan, "tiada maaf bagi mu" selagi ada rasa cinta.

Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan pasangannya. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan dan kelemahan suami atau isterinya. Mereka yang diserang penyakit "benci tapi rindu" ini akan menyeksa diri sendiri. Kekadang isteri dimarahi, diherdik dan dicaci pada siang hari, namun pada malamnya dia akan tidur bersamanya lagi. Rasulullah SAW sangat membenci sikap suami yang begitu.

Mereka yang sukar memaafkan pasangan hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu.

Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan?

Kata ahli psikologi, "Tuhan boleh mengampunkan segala dosa kita, tetapi sistem saraf kita tidak." Maksudnya, sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum itu Rasulullah SAW telah mengingatkan, matilah kamu dengan marah mu!

- Artikel iluvislam.com

Thursday, February 10, 2011

Selamat Pengantin Baru



selamat pengantin baru
Adibah & DK
lokasi : kem herba sungai congkak, ulu langat, selangor
tarikh : 22 januari 2011
masa : 12pm ~4pm



senyum pengantin berseri seri
diapit mamai di kanan dan akudo di kiri
tanam dan suburkan cinta sejati
insyaallah bahagia kekal abadi

ikhlaskan hati menjadi isteri
hidup kini digenggam suami
walau terikat gerak dan geri
ganjaran pahala, syurga menanti


gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
terima kasih daun keladi
anak anak dah tak sabar nak mandi






walau ada niat dihati
mahu turun sama mandi
tapi hari dah lewat ni
nanti nanti kami datang lagi


Thursday, January 27, 2011

benci itu bila ada cinta
sekarang aku tak punya cinta
maka sudah tiada benci

Monday, January 17, 2011

pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang

pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah
tertahankah ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian

pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti madu itu akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok



...biarlah bukan , pertemuan semula meminggir yang sedia ada....