Thursday, January 12, 2012

keinginan

yeah..keinginan untuk menulis meluap luap dalam diri. macam byk idea atau datang ilham ntah dari mana. kdg2 tu tgh tidur pun mahu menulis. tapi yang tak bijaknya ialah nak meluah rasa apa sahaja disini. selalu mengingatkan diri, disini bukan tempat yg sesuai. luahan rasa, luahan hati tak sepatutnya disini.
menulislah dari hati..kata seorg sahabat blogger kpd ku.
dan begitulah, akan ada tulisan dari hati..cuma aku bimbang ..menulis ikut kata hati , mati dan menulis ikut rasa, akan binasa.
pernah mahu membeli buku kosong..mahu meluah rasa, segala rasa benci, geram dan sakit hati..
juga mahu menulis keceriaan, kebahagiaan dan juga angan2
biar ia tersimpan disitu, bukan disini .

dan kemudian aku mahu mencoba menulis buah fikiran, atau mengulas keadaan atau apa jua..apa?
dan begitulah aku...keinginan yang seperti angan2, mahu tapi tak tahu..

2 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

aku biasa tulis kat microsoft word pastu aku simpan dlm hardisk

A.K.U.D.O said...

aku dah ada buku, tulis lah apa yang aku nak kata time tu.