Sunday, December 6, 2009

bau makanan..

selamat berhujung minggu..

terjaga awal hari ini. bau masakan dan riuh rendah jiran belakang rumah. ada kenduri sempena anaknya khatam Quran dan bersunat .Insyaallah aku akan pergi.dah lama dia jemput dan malam tadi jumpa di majlis cukur jambul anak kawan, dia menjemput lagi.aku berbasa basi mau datang menolong, tapi katanya tak perlu sbb pakai katering, dtg makan saja.teringat lak masa kat seremban dulu, aku terintai intai mau dtg menolong jiran selang serumah, tapi tak nampak org bekerja.dah hilang rupanya "rewang", yg nampak van/lori katering...aku suke sibuk sibuk tu, tp mgkin dulu dulu.
tapi mmg meriah cuti sekolah, tiap minggu ada kenduri kawin, bersunat dan hari jadi. mmg syok makan tapi yg tak best lepas makan, mcm2 hal isi perut aku. aku mmg bermasalah bila mkn byk dan bermacam2 jenis. atas bawah berlumbe lumbe nak keluar balik lepas tu.mgkin"makan bila lapar dan berhenti bila kenyang" adalah bertepatan untuk aku.
mlm tadi aku syok makan. kebetulan dtg lambat..king tgk badminton game..tmpat kosong kat takde nampak,dan aku malas nak mengambil kerusi, so aku duduk kat kerusi cantik berdekatan meja mknn. masa berdoa..aku dah tak sabar mau makan, dan perut mmg lapar .bila announce boleh makan, aku first ambik nasi , lauk dan kuih. kesian mrk yg beratur panjang sbb meja mknn hanya satu.aku ambil sikit dan habis mkn cepat sbb mengenangkan king dan ank2 belum mkn.
bila giliran ank2 makan, aku makan lagi, sbb tadi aku tak ambil ikan,ulam dan sambal belacan..lepas tu cik fizah menjamu puding roti.sedap, walau dah kenyang, aku mkn juga bila king pun beria2 suap aku,sbb aku pgg baby tuan rumah...dan akibatnya aku tak lena tidur sbb perut ku senak dan lepas muntah baru ok...
minggu lepas, g kenduri kawin di kesang.sblum pergi sudah mkn nasi sbb tak tahan kari daging dan asam pedas. mummy suruh buat kari daging korban, sekejap aje dah siap.pelik dia sbb tanpa santan dan kerisik yg baru beura2 nak beli, kariku sudah boleh dimakan dan sedap kata mrk tanpa tahu aku taram saja.
mcm biasa, aku pengemar mknn. makan nasi beriani dan ayam percik, tapai,kuih koci dan kek.oh.....walau ku tahu akibatnya..dan kat seremban stesen minyak habis keluar semua.aku dengar sorang makcik tegur, nape aku muntah..aku jawab..mengandung....hehhe

aku menunggu anak bangun, janji mau main badminton..kat luar dah terang benderang, main tak seberapa nanti, mkn je yg lebih, lepas main berjalan ke gerai mencari nasi lemak best nih..

5 comments:

Kay said...

wahhh..gumbiranyer!!!!
selamat berhujung minggu juga...

Sulela said...

Uiksss...betul ke ko ngandung neh? hehehe

adibah said...

kau dah buat test? hehe...

mamai said...

makan ajer kerjanyer

A.K.U.D.O said...

kay:
alhamdulillah..rezeki jgn ditolak.

lela n adib:
hehe..belum mengandung, cume bagi alasan masa muntah dan terlama dlm toilet sbb org dah ramai q.

mamai:
org masak la katakan...