Saturday, December 12, 2009

13 hours...

cepat masa beredar.tak terhambat rasanya.namun 24 jam sehari harus seimbang pembahagianya.Asasnya 8jam bekerja 8 jam beramal dan 8 jam berehat.dan kita masih boleh menambah tolak atau membahagi antara jam tersebut kepada perkara lain bagi melengkapi kepelbagaian tuntutan hidup

hari ini cuti umum bagi negeri selangor. aku menempah keluar dgn seorang blogger yg dlm blognya begitu meriah dan pemurah pada sessi perjumpaannya bersama bloggers tempohari.

seawal pagi aku telah menyelesaikan sidaian kain baju dgn kadar segera kerna ku tahu akan mengambil masa 48 jam untuk kering,apakan daya disebabkan "dryer" ku telah 6 bulan jahanam.
tanpa penyediaan sarapan berat hanya bekalankcoco krunch,quicker oat madu dan air mineral , aku memulakan perjalanan seawal jam 10.30 pagi bersama en.bloger menuju terus ke centro klang ke jualan murah coklat cadbury .. coklat cadbury?...nun disana perbarisan masuk agak panjang, kalah ku kira perbarisan pada lintas hormat sempena keputraan sultan selangor pada hari ini . diskaun2 pun berkira jugalah membeli tambah tambah bukan duit sendiri..
langkah kaki aku tak pandang kiri dan kanan tapi sebaik keluar dr kwsn coklat, mata terpandang secret recipe yg akan menjadi lokasi perjumpaan bloggers pada sessi seterusnya .kerna mahu sama lokasi aku pun mengoder disitu walau hanya sepotong cheese kek...

andaian yang tidak tepat, sudah ada coklat, ank2 ku tak ingat nak makan yang lain.."mana tahan kata si abang, sudahlah mlm tadi mkn megi, pagi mkn koko krunch ngan air sejuk,ni nak suruh mkn coklat pulak??" hehehe...aku dah malu nak ajak en bloger singgah makan tapi terpaksa. Paling mudah KFC jadi pilihan. En bloger senyum shj...waktu nak bertolak balik terjumpa kwn en bloger dan aku memberi sedikit coklat pada ank2 nya yg juga kwn ank2 aku.tergesa gesa kwn tu mengejar masa bording flight ke kelantan.drive cam ribut.

singgah sebentar konon di rumah adik en bloger untuk memberi sedikit coklat pada ank2 saudara. "langkah kanan" sbb adiknya mengajak mkn t/hari.first time masak untuk tahun ini katanya dan aku sebagai food tester sblm hidangan dihidangkan. aku ok je..org masak..

lepas mkn mau pulang, tapi mrk mengajak keluar berjumpa dgn emak saudara sepupu (busu) yg datang dr melaka.aku sgt suka dapat sambung berjalan jalan nih.mula2 ke fella design dan seterusnya ke rumah ank busu di subang u5.kemudian kami membawa busu ke sunway pyramid kerana 2 org anknya mahu bermain ice skating..tak sangka en bloger sungguh expert rupanya ber ice skating. lain dr yg lain aksi2 yg ditunjukan..kalah Fasya dan Marwan..
dah penat beraksi dan berjalan2 perut minta diaksikan pula. sbb dah bertanya pada ank2 mat saleh campur melayu yg sgt berbudi bahasa tu, mrk mau mkn pizza dan spegheti dan itulah diner tadi.tapi ank2 ku mau chicken rod KFC..ish..mcm2 hal ye..
ingat habis mkn boleh terus balik tapi belum lagi rupanya, sessi window shopping belum habis sehinggalah pintu kedai ditutup barulah betul2 beredar ke pakir.

terima kasih kpd en bloger yg mmg pemurah dan melayan kami dgn baik sekali...semoga murah rezeki dan aku akan belanja suatu hari nanti.

dan oleh kerana hari cuti, jam bekerja itu diguna pakai untuk berlibur di luar dan terpaksa pula mengambil beberapa jam dari jam beramal dan jam berehat yang keseluruhanya berjumlah 13 jam.baki jam yang tingal digunapakai lagi pada kerja rumah , jadi mmg kurang pada jam beramal dan berehat/tidur.
oh sangat tidak adil pembahagian jam hari ini ya...

p/s..aku gila dlm sebutan hrs kerna sembang bersama pilot.

5 comments:

TuYa said...

wah2..memang menggunakan masa yang ada ngan sebaik mungkin nih..
padat!!!!
best kan dapat jalan2 melepaskan penat bekerja..

Kay said...

semoga siratulrahim berkekalan...
(^_^)

Aloy Paradoks said...

jangan lupa balik sudah la,,,

Kay said...

★~★SalAm MaAL hIjrAH 1431H★~★

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

bersama kita hiasi diri dengan ilmu, amal, dan iman.

(^_^)

patungcendana said...

wah...berjalan2....best...

Salam Maal Hijrah Akudo. :-)