Monday, September 28, 2009

teruja

selamat hari raya maaf zahir batin
nak cerita xtvt raya , mcm dah basi... tapi saja nak tulis sebagai kenangan dan bacaan anak aku yg membaca blog aku..
jumaat last day keje, sgt busy dan serabut akal aku dgn keadaan dlm opis.aper nak kata hya aku satu2nya muslim yg nak beraya, yg lain tu buat2 tak faham. melaun si japang2 tu masa tulah nak audit..t/hari aku memboloskan diri mencari tudung tp alasan nak pam petrol, tapi masuk balik opis sbb tak sedap hati..tapi aku berjaya juga melepaskan diri sedikit awal bila king n hero2 aku dah buat bising kat luar opis...

aku drive sendiri balik kg, tp dieskot gak oleh king dgn Peugeot nyer tu. hampeh..dah tiba area kg dia, tingallah aku sengsorang kat jln yg sunyi tu.

aku D.O menyumbang tenaga dan kemahiran yg tak seberapa memasak rendang ayam ,serunding daging dan sambal goreng setelah bertungkus lumus ke pasar mencari bahan masak..
namun masih fail..menyanyam ketupat dan bikin lodeh..

mlm raya, hah.. tak menyempat2 org kg ni dtg umah nak bertakbir. kelam kabut kami ni org dapur nak hidang makan dan mengemas kerna baru je lepas berbuke...
kat luar budak2 dan bapak budak dah bermain bunga api dan mercun..ohh meriah222 .


ni pagi raya..

kalut aku bila king & hero nak berbaju melayu dan bersampin.mujur tak bertanjak..
terkecik hati bila ada org marah2
sayu bila bab bersalaman. Ampun maaf king, mummy, kakak,abg , adik dan ank2 juga ank2 buah.
gembira bila bab2 makan ,
senyum senyum berphoto posing bagai nak rak... dan berjalan raya.

aper yg teruja?
bila buat pertama kali nak melawat sedara kat chabau..
aku org first berbaju dan bersolek. depa tya awat la??..aku jwb "excited nak jumpa en bakar".
sapa tu? ...
dah 10taun aku dengar cerita, tp tak pernah jumpa.
heran gak aku tgk depa bertangisan bila dah jumpa terutama kak nom...kata kak nom..byk cerita ngan en bakar tu...
dapatla aku berkenalan ngan en bakar, dan tua pun dia..
yang best, aku plan nak g toilet, tapi kat dapur aku tgk mummy, ct dan kokteh menjamu selera tanpa dijemput lagi aku rasa.
so aku tanpa malu join sekali. sedap wooo..kari ayam kampung, bertambah tambah aku mkn.
king join gak sepinggan ngan aku, so aku control nak mkn petai, lepas king bangun aku try mkn petai mentah..erk..tak jalan.
bila dah kenyang, aku g depan, isk..lupa nak ajak kak nom dan kak milah masa mkn tadi, sorilah yer..korang mkn kuih raye je. sapa suruh duduk depan.buatla tak malu g dapur org..

excited 2..
g beraya umah kak yah..umah tradisional melaka. pasir putih halus, bertangga dan berserambi.aku tawaf sampai umah atas.siap berposing posing kat situ.
aku suke dgr bila dia berceloteh..heheh..
tp kali ni aku nampak dia mcm tak sihat. kalau tak dia mesti bagi sagon. sedap...
bila nak balik, dia tye aku ank dara saper..mmm... king..tlg jawab...

hehhe..

Saturday, September 12, 2009

awas....

rehat tengahari
ku menyusahkan diri
berpeluh lencun di bawah terik mentari
tak membeli
tapi menyibukkan diri

balik sudah petang
badan membahang
tuan director meradang
rasa macam kena lempang

kuliah kutinggalkan
takzirah ku tepikan
konon merebut peluang
tapi bukan peluang tuntutan
hari2 akhir ramadhan

mudahnya hati di noda
dalam niat berpuasa
kerana nafsu
aku terliku

Friday, September 11, 2009

Dendam

dendam kesumat
yang disimpan erat
di lubuk hati dan berkarat
bukan nikmat
tapi azab
yang amat berat..

lalu ku usir lenyap
mengharap
nikmat dan rahmat
yang sempat...

Wednesday, September 9, 2009

Resepi klasik

marathon betul balik kg 3 minggu berturut2.
bestnyer... dapat mkn byk n tido byk...

selera ramadhan,
mummy msk acar and asam rebus keladi
erk...acar tu aku mmg tatau...
sbg pemerhati n kacau2 bolelah
dan sbg persediaan kut2 king nak mkn acar nx time
aku ambil tahu lah cara2 nyer..

bahan + cara
timun + carrot dipotong kecil dlm 2 inci
~ timun dibuang biji
cili besar - hijau dan merah di belah2
bawang besar di belah2

tumiskan bwg merah ,putih ,halia, kayu manis, bunga cengkih +lawang
masukan sebuk ketumbar, jintan manis + putih
tambahkan kerisik, garam dan perasa
msk sampai garing
masukan timun,carrot, cili dan bawang besar
last masukan lauknyer
(lauk: boleh guna ikan, ayam, daging, udang atau sotong - yg digoreng garing )

balik umah emak pula
emak ada buat nasi ulam
kegemaran ku yg tak terduga
tp leceh sikitlah nak buat

bahan + cara
menggunakan pelbagai jenis ulam ulaman (min 7 jenis)
serai,cili api, ,daun kunyit dan bawang
(***dihiris nipis)
goreng tanpa myk bersama kerisik
tambah isi ikan kering yg ditumbuk halus
tambah garam dan perasa
goreng sampai kering.


...sbg resepi simpanan...

dugaan

aper ke sial betul lorry driver sekor ni
ikut sedap sendiri, nak masuk line tak nyempat2
habis calar keta ku kau himpit..
argh......
dah tu kau cabut gitu jer..

aku mmg gabra time tu, nak hon pun tak ingat
ape lagi nak ambil no.
aku mengelabah gak n stop with emergency light..
tengok yg tercalar dgn perasaan tercalar
adus.. keta2 lain dah hon, sbb jln yg sesak bertambah nazak

tak tenteram spanjang jln balik umah
takut kang nak bagitau king
malu pun ader, keta tak seberapa
berbanding Peugeot king
Audi adik ,
Skyline abg
dan Ferrari comel...


huh..aku harap driver tu terbakar ngan lori tu secepat mungkin..

Saturday, September 5, 2009

mangganang paninian

paninian yg sudah didak
hanyar mahu di ganang
saumuran sidin hidup
kerana sudah pandai
kerana sudah bergawik
bulik gin ngaleh
konon sudah bertekad
sudah keluar dr sini dan tak akan baik lagi
kerna kada mahu dianggap menumpang lagi..

anum
sarik amun di tagur
kulir amun disuruh
malalor amun guring

kasarikanku
pada metel ,marakon,pamarahan,mamaian dan pemalarmu
basurah kada nyaman didangar
ulahanku kada kanak
simpunanku kada paronak

ngalihnya kau faham
padaku yg maristak di tinggalkan
merindu kawitan dan dinsanak
yg ada hanya kawan dan kulaan
namun semua tidak menjanjikan arai

wayahni aku ganal
beranakan
hanyar ku mengganang
dlm mamian ada benar
dlm metelan ada benar
dlm sarik ada sayang

terkilan
kada sawat berampunan
pada mayat yg sarik
takutan ku pada tulah

daminik
sudah insaf
memohon keampunan utk mu dan utk ku..

Thursday, September 3, 2009

berambus

paling sakit bila ku dengar perkataan itu
tanpa belas tanpa simpati
tapi bukan itu yang ku pinta
hanya pengertian
aku dalam sengsara


terfikir aku
mudahnya berkata
tanpa merasa
sukarnya pembelaan
bagai menumpang
bagai pengemis

namun ku tahu
hidup ini bagai roda
dan aku harus bersedia
andai berambus itu benar

Wednesday, September 2, 2009

argh.......

argh....
ngantuk + penat mengadap pc ,so aku call member ku tyer mau meroyan kemana thari nih..
"dtg opis aku , ader hal aku nak tunjuk.."
aku dgn lemah memandu kesana, tak jauh tapi berliku laluanyer.

dlm pada tu ada katalog burger kat keta ku,
gambar burger membuka selera
kedainyer arh... depan opis saja
dan di belakang tujuh sebelas.



ting tong ting tong..
hah !! aku terbau sesuatu yg wangi yg buat aku rasa lapar.
laaaa... tgh bikin kuih raya rupanyer.
amboi amboi mntang2lah datuk takde, korang buat pantry cam dapur umah .
"nak buat macammana kemudahan microwave dah ada"
msk lauk berbuka lom cerita
panggangng memanggang, rebus merebus
perkara biasa


kat umah berkejar masa, kat sini bergilir gilir buat kerja.
lagipun giant n tesco depan mata
mau brg sume ada
tapi buat cornflake madu saja..
yg lain nanti coba

bole order?
"mkn sendiri anak beranak ja'
kalu mau dtg sini bila datuk tiada
erk....aku tada masa lama lama
ni pun berkejar balik sbb boss mau kuar makan da..